Berita Berita
Faiz Na'aman dakwa Muhyiddin 'ditikam' individu yang diberi laluan mudah
KUALA LUMPUR 18 Jun – Mantan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr. Muhammad Faiz Na'aman menzahirkan rasa kesal terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan tindakan seorang pemimpin muda parti itu yang kini berpaling tadah dan mengkritik beliau secara terbuka.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Dr. Muhammad Faiz yang kini menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) membangkitkan senario melibatkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang didakwanya mendapat laluan mudah (fast track) dalam parti sebelum ini.
Beliau menjelaskan bahawa individu terbabit menyertai BERSATU hanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ketika Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, tanpa pernah merasai pengalaman menjadi pembangkang atau menentang isu kleptokrasi secara terbuka.
Bagaimanapun, individu berkenaan telah diangkat oleh Muhyiddin untuk memegang jawatan sebagai Senator, disusuli pelantikan sebagai Timbalan Menteri, Ketua ARMADA Nasional, sehinggalah diberi peluang bertanding di kerusi selamat di Parlimen Machang.
Dr. Muhammad Faiz membandingkan situasi tersebut dengan nasib dirinya sebagai orang awal parti yang seolah-olah dihantar untuk 'misi bunuh diri' apabila diarah bertanding di Parlimen Bagan Datuk pada PRU15 menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau mempersoalkan tindakan Muhyiddin yang memilih untuk memberikan pelbagai peluang keemasan kepada individu tersebut berbanding ahli yang setia sejak awal, sambil membangkitkan persoalan sama ada latar belakang keluarga politik atau pengaruh kelompok lama menjadi faktor pemilihan berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan situasi yang berlaku sebagai satu kerugian besar dan menyarankan agar Muhyiddin melakukan muhasabah diri, selain menyeru agar menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi memastikan kestabilan politik negara.
Berita berkaitan
June 18, 2026, 8:58 am
Dua suspek letupan landasan kereta api di India dihantar pulang dari Malaysia
June 18, 2026, 6:57 am
Wan Ahmad Fayhsal kecewa Muhyiddin gagal urus konflik, dakwa BERSATU di ambang kehancuran
June 17, 2026, 7:59 pm
Harga diesel turun 30 sen kepada RM4.37 seliter mulai esok
June 17, 2026, 7:46 pm
Pekerja maut dipercayai tersedut dalam tangki air ketika kerja penyelenggaraan
June 17, 2026, 6:09 pm
TDM henti serta-merta latihan baling grenad susulan insiden korban dua anggota
June 17, 2026, 5:50 pm
RTM mohon maaf siaran Perancis-Senegal di RTMKlik terganggu
June 17, 2026, 1:27 pm
