Berita Berita
Warden bekas tentera di MRSM: Kes buli hampir sifar, isu disiplin turun drastik
KUALA LUMPUR 18 Jun – Pelaksanaan projek rintis melantik bekas tentera sebagai warden sepenuh masa di dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) terbukti membuahkan hasil yang sangat positif apabila berjaya mencatatkan penurunan drastik dalam isu berkaitan masalah disiplin pelajar, dengan kes buli dilaporkan hampir sifar.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki selepas beliau menerima dokumen lengkap Laporan Kajian Keberkesanan Projek Rintis Pelantikan Warden Luar Sepenuh Masa Dalam Kalangan Bekas Tentera di MRSM Besut dan MRSM Balik Pulau daripada Ketua Penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman.
Mengulas mengenai dapatan utama kajian itu, beliau menyatakan bahawa kehadiran warden bekas tentera secara kerap dan sistematik terbukti sangat berkesan dalam mengawal disiplin, menjaga keselamatan fizikal asrama, serta meminimumkan ruang untuk berlakunya sebarang aktiviti buli mahupun vandalisme.
Kesan positif ini turut menyaksikan pelajar menunjukkan peningkatan disiplin dalam mematuhi ketetapan waktu, menjaga kekemasan diri serta kebersihan asrama, di samping membantu membentuk nilai hormat-menghormati, adab, dan memperkukuh dimensi kerohanian melalui penglibatan langsung warden dalam aktiviti keagamaan.
Paling utama, kehadiran warden sepenuh masa ini berjaya mengurangkan bebanan tugas guru asrama, sekali gus membolehkan para pendidik memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aspek kecemerlangan akademik serta bimbingan sahsiah pelajar.
Rentetan daripada laporan kajian yang amat memberangsangkan dan mendapat maklum balas positif daripada pelbagai pihak itu, MARA mengambil keputusan untuk melaksanakan pengambilan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas tentera di kesemua 58 buah MRSM di seluruh Malaysia.
Sebagai langkah persediaan, beliau telah meminta pihak UPM untuk bekerjasama menyediakan modul latihan khas yang komprehensif buat kesemua warden baharu, selain melanjutkan kajian pada masa hadapan bagi merangka pelan menangani isu buli mental secara lebih holistik.
Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan agar ibu bapa serta masyarakat tidak perlu berasa bimbang kerana kesemua calon warden ini akan melalui proses tapisan yang amat ketat serta wajib menjalani latihan khas sebelum mula ditempatkan secara rasmi di semua 58 buah MRSM bermula Januari 2027.
Berita berkaitan
June 18, 2026, 10:43 pm
Remaja 15 tahun dipercayai disamun, dirogol ketika keluar berjoging di Tumpat
June 18, 2026, 8:26 pm
Suami Nancy Shukri meninggal dunia
June 18, 2026, 6:06 pm
Jaga-jaga, guna 'sunshade' ketika memandu boleh disaman hingga RM300 - JPJ
June 18, 2026, 5:02 pm
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan bakal perkenal hukuman lumba haram, tonto dan naikkan denda
June 18, 2026, 4:54 pm
Cacat penglihatan bukan penghalang Chwen Yih raih 4A, PNGK 4.00 dalam STPM 2025
June 18, 2026, 4:52 pm
Kanak-kanak lapan tahun hilang di Sungai Ganggarak Permai ditemukan lemas
June 18, 2026, 4:41 pm
Warga emas didakwa atas 5 pertuduhan rogol, amang seksual cucu kandung
June 18, 2026, 4:20 pm
