Berita Berita
Kanak-kanak lapan tahun hilang di Sungai Ganggarak Permai ditemukan lemas
LABUAN 18 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Ganggarak Permai sejak petang semalam, akhirnya ditemukan dalam keadaan lemas.
Mayat mangsa, Putra Faris Suhaimi, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat pada pukul 3.30 petang tadi, kira-kira 50 meter dari lokasi selipar yang dipercayai miliknya dijumpai semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Abdul Rahman Ali memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.36 petang semalam sebelum segera mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Layangan telah digegaskan ke lokasi kejadian dengan mendapat bantuan daripada anggota polis, Pasukan Bomba Komuniti Atas Air Tanjung Aru, Jabatan Hidupan Liar, serta penduduk setempat.
Operasi SAR tersebut dijalankan dengan menggunakan bot kecil dan bot besar untuk menyusuri kawasan sungai berkenaan.
Dalam pada itu, penglibatan Jabatan Hidupan Liar adalah bagi membantu menilai keadaan persekitaran sungai, termasuk memantau kemungkinan kehadiran buaya serta risiko-risiko lain yang boleh menjejaskan keselamatan operasi.
Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat.
Berita berkaitan
June 18, 2026, 10:43 pm
Remaja 15 tahun dipercayai disamun, dirogol ketika keluar berjoging di Tumpat
June 18, 2026, 8:26 pm
Suami Nancy Shukri meninggal dunia
June 18, 2026, 6:06 pm
Jaga-jaga, guna 'sunshade' ketika memandu boleh disaman hingga RM300 - JPJ
June 18, 2026, 5:02 pm
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan bakal perkenal hukuman lumba haram, tonto dan naikkan denda
June 18, 2026, 4:54 pm
Cacat penglihatan bukan penghalang Chwen Yih raih 4A, PNGK 4.00 dalam STPM 2025
June 18, 2026, 4:41 pm
Warga emas didakwa atas 5 pertuduhan rogol, amang seksual cucu kandung
June 18, 2026, 4:35 pm
Warden bekas tentera di MRSM: Kes buli hampir sifar, isu disiplin turun drastik
June 18, 2026, 4:20 pm
