Berita Berita
Warga emas didakwa atas 5 pertuduhan rogol, amang seksual cucu kandung
KOTA BHARU 18 Jun – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan merogol dan melakukan jenayah seksual terhadap cucu perempuan kandungnya yang berusia 12 tahun di Bachok, antara Januari hingga awal Jun ini.
Tertuduh yang berusia 79 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa merogol cucunya tanpa kerelaan di sebuah rumah di Bachok antara pukul 8.28 pagi hingga 1.30 tengah hari bagi tempoh antara 11 Januari sehingga 4 Jun 2026.
Bagi kesalahan merogol, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Selain itu, tertuduh turut berdepan dakwaan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.
Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Syafiqah Mohamad, manakala tertuduh pula dilaporkan tidak diwakili oleh peguam.
Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh selepas mengambil kira faktor keselamatan mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak di bawah umur.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 19 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen.
Berita berkaitan
June 18, 2026, 10:43 pm
Remaja 15 tahun dipercayai disamun, dirogol ketika keluar berjoging di Tumpat
June 18, 2026, 8:26 pm
Suami Nancy Shukri meninggal dunia
June 18, 2026, 6:06 pm
Jaga-jaga, guna 'sunshade' ketika memandu boleh disaman hingga RM300 - JPJ
June 18, 2026, 5:02 pm
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan bakal perkenal hukuman lumba haram, tonto dan naikkan denda
June 18, 2026, 4:54 pm
Cacat penglihatan bukan penghalang Chwen Yih raih 4A, PNGK 4.00 dalam STPM 2025
June 18, 2026, 4:52 pm
Kanak-kanak lapan tahun hilang di Sungai Ganggarak Permai ditemukan lemas
June 18, 2026, 4:35 pm
Warden bekas tentera di MRSM: Kes buli hampir sifar, isu disiplin turun drastik
June 18, 2026, 4:20 pm
