TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mahkamah tiada kuasa halang lepas, bebas kes rasuah, semua bawah prerogatif SPRM - Ketua Hakim Negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 19 Jun – Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang pemberian perintah lepas dan bebas (DNA) dalam kes rasuah yang diselesaikan tanpa melalui proses perbicaraan penuh di mahkamah.

Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, tindakan sedemikian berada di bawah prerogatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibenarkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan keputusan sesuatu kes mungkin berbeza sekiranya ia diteruskan ke peringkat perbicaraan penuh di mahkamah.

"Ia menjadi prerogatif SPRM dan tertakluk kepada proses mahkamah apabila kes dibawa ke mahkamah.

"Mahkamah akan membuat keputusan sewajarnya jika kes terbabit dibicarakan, namun keadaan sebaliknya jika ia tidak melalui proses berkenaan.

"Saya tidak pasti sama ada ini akan menjadi duluan yang bakal mencetuskan persepsi atau tidak, tetapi undang-undang membenarkan SPRM berbuat demikian.

"Badan Kehakiman tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengulas prerogatif SPRM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Siri Syarahan Tun Zaki Azmi di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini hari ini.

Turut hadir bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan Tun Md Raus Sharif; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Mohammad Faiz Azmi serta Presiden AIAC, Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Wan Ahmad Farid berkata, badan kehakiman hanya akan memainkan peranannya apabila sesuatu kes dibawa dan didengar di mahkamah, manakala keputusan berkaitan pendakwaan atau penyelesaian kes berada di bawah bidang kuasa pihak berkuasa berkaitan mengikut lunas undang-undang.

+ - reset