TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPDN jamin bekalan barangan asas mencukupi menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 19 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan asas di Johor dan Negeri Sembilan adalah mencukupi bagi menghadapi musim Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Fuziah Salleh meminta rakyat di kedua-dua negeri berkenaan agar tidak berasa bimbang mengenai perkara tersebut meskipun negara kini sedang berdepan dengan trend peningkatan kos logistik akibat konflik yang berlaku di Asia Barat.

Beliau menjelaskan bahawa jaminan ketersediaan bekalan yang mencukupi itu turut merangkumi barangan kawalan seperti minyak masak peket bagi menampung permintaan tinggi ekoran kebanjiran petugas serta orang luar yang akan berkunjung ke negeri-negeri tersebut sepanjang tempoh pilihan raya.

Mengulas mengenai perkembangan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM), beliau memaklumkan bahawa sebanyak 13,692 siri jualan telah berjaya dilaksanakan di seluruh negara bagi tempoh bermula 1 Januari sehingga 13 Jun lalu.

Khusus di Johor pula, sebanyak 920 siri PJRM telah dianjurkan merangkumi kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana inisiatif tersebut telah memberi manfaat kepada 2.3 juta pengunjung serta mencatatkan lebih 1.4 juta transaksi pembelian.

+ - reset