Berita Berita
Atuk meringkuk 33 tahun dalam penjara, 14 sebatan kes rogol, amang seksual 2 cucu kandung
MUAR 19 Jun - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 14 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan membabitkan kesalahan rogol dan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya yang masing-masing berusia 12 dan sembilan tahun.
Hakim Mohd Khairi Haron menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh berusia 67 tahun.
Mengikut pertuduhan pertama dan keempat, tertuduh yang juga bapa kepada tiga anak didakwa melakukan amang seksual terhadap cucunya yang berusia 12 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.
Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16 memperuntukkan hukuman tambahan penjara sehingga lima tahun serta sebatan tidak kurang dua kali.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama di rumah berkenaan antara Januari hingga Disember tahun lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau sebatan bagi setiap pertuduhan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang lagi cucunya yang berusia sembilan tahun di lokasi sama pada tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ameerah Allaudeen manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta berada di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas tamat menjalani hukuman mengikut Seksyen 26 dan 27 AKSTKK.
Berita berkaitan
June 19, 2026, 2:42 pm
Warga Selangor nikmati rebat cukai taksiran 100 peratus jika pasang teknologi hijau
June 19, 2026, 2:32 pm
KPDN jamin bekalan barangan asas mencukupi menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 19, 2026, 1:52 pm
Pelajar perempuan tingkatan empat maut terjatuh dari tingkat tiga sekolah di Sendayan
June 19, 2026, 1:41 pm
Hannah Yeoh tegur PBT, jangan tunggu dah ‘viral’ baru nak baiki kemudahan
June 19, 2026, 1:20 pm
DBKL peruntuk RM200 juta naik taraf 287 lokasi penjaja di Kuala Lumpur - Hannah Yeoh
June 19, 2026, 12:26 pm
