TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar perempuan tingkatan empat maut terjatuh dari tingkat tiga sekolah di Sendayan

By
|
Kongsi
image

SEREMBAN 19 Jun – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Sendayan di sini pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo Online, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu menggemparkan warga sekolah serta penduduk sekitar apabila orang ramai mula berkumpul di kawasan berkenaan selepas insiden berlaku.

Seorang penduduk berusia 60-an berkata, dia menyedari kejadian itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Seremban.

“Rumah saya bersebelahan sahaja dengan sekolah ini. Saya tengok ramai orang berkerumum. Tak sangka pula ada kes pelajar terjatuh,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung insiden tersebut.

Perkembangan lanjut akan dikemas kini selepas pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi.

+ - reset