Berita Berita
UMNO Batu tidak kisah pihak lain ambil kredit Program Lestari Niaga, asalkan kebajikan penjaja terbela
KUALA LUMPUR 19 Jun – UMNO Bahagian Batu tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ada pihak lain mahu mengambil kredit terhadap pelaksanaan Program Lestari Niaga di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul selagi mana inisiatif tersebut memberi manfaat kepada para penjaja dan peniaga kecil di Parlimen Batu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketuanya, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim bagi menjawab persoalan ramai pihak mengenai ketidakhadiran beliau dalam sidang media program itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh di UTC Sentul, hari ini.
Gulam Muszaffar menjelaskan bahawa beliau hanya menerima jemputan pada saat akhir dan tidak mempunyai sebarang masalah mengenai perkara itu walaupun dirinya terlibat secara langsung dalam beberapa sesi libat urus bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan para penjaja sebelum ini.
Beliau mendedahkan penglibatannya dalam program berkenaan adalah atas kapasiti sebagai pemimpin tempatan selepas diminta secara peribadi oleh pihak DBKL untuk memberikan pandangan serta membantu dalam sesi libat urus, memandangkan beliau tidak pernah dipanggil secara rasmi oleh pejabat Menteri Wilayah Persekutuan mahupun Ahli Parlimen Batu.
Dalam pada itu, Gulam Muszaffar turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana sudi menerima beberapa cadangan yang dikemukakannya bagi menjaga kebajikan para penjaja yang terjejas sepanjang tempoh pelaksanaan projek pembangunan semula itu.
Antara cadangan beliau yang telah diterima pakai oleh DBKL termasuklah pemberian pampasan bulanan sebanyak RM1,500 selama tiga bulan kepada penjaja terlibat (berbanding tuntutan asal sebanyak RM3,000 sebulan), memendekkan tempoh pelaksanaan projek daripada enam bulan kepada tiga bulan, serta mengekalkan lokasi perniagaan di tapak asal demi memastikan sumber pendapatan penjaja tidak terjejas.
Beliau menegaskan akan terus konsisten membantu DBKL dalam sesi libat urus bersama peniaga pada masa hadapan dan bakal berkongsi beberapa rakaman video siri perbincangan di beberapa lokasi seperti UTC Sentul, Taman Dato Senu, dan Batu Muda sebagai bukti penglibatan berterusannya dalam menjayakan program tersebut.
Berita berkaitan
June 19, 2026, 3:15 pm
Masjid Bukit Bintang bakal tampung 1,500 jemaah, dijangka siap awal tahun depan
June 19, 2026, 2:42 pm
Warga Selangor nikmati rebat cukai taksiran 100 peratus jika pasang teknologi hijau
June 19, 2026, 2:32 pm
KPDN jamin bekalan barangan asas mencukupi menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 19, 2026, 1:52 pm
Pelajar perempuan tingkatan empat maut terjatuh dari tingkat tiga sekolah di Sendayan
June 19, 2026, 1:41 pm
Hannah Yeoh tegur PBT, jangan tunggu dah ‘viral’ baru nak baiki kemudahan
June 19, 2026, 1:20 pm
DBKL peruntuk RM200 juta naik taraf 287 lokasi penjaja di Kuala Lumpur - Hannah Yeoh
June 19, 2026, 1:07 pm
