Berita Berita
Tindakan undang-undang PKR terhadap Rafizi, Nik Nazmi diserahkan kepada peguam parti
JOHOR BAHRU 19 Jun – Tindakan lanjut terhadap bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang bertindak meninggalkan PKR kini diserahkan sepenuhnya kepada pasukan peguam yang dilantik parti.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh menegaskan bahawa langkah susulan terhadap bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden parti berkenaan akan diputuskan secara rasmi oleh pasukan undang-undang tersebut.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan perkara itu pada sidang media selepas meninjau Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Pasar Raya Econsave Cash & Carry di Taman Daya, di sini hari ini.
Terdahulu pada 17 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi telah melepaskan kerusi Parlimen Pandan serta Parlimen Setiawangsa sebelum disusuli dengan pengumuman rasmi keluar daripada PKR.
Berikutan tindakan tersebut, PKR dilaporkan sedang meneliti kemungkinan untuk mengambil tindakan mahkamah mengikut peruntukan Akta Antilompat Parti serta menuntut bon bernilai RM10 juta yang dikenakan terhadap kedua-dua bekas pemimpin berkenaan.
Meskipun Rafizi dan Nik Nazmi kemudiannya mendaftar sebagai ahli biasa Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) pada 21 Mei, PKR tetap menganggap tarikh rasmi ikrar keluar parti yang dibuat oleh mereka adalah pada 17 Mei.
Berita berkaitan
June 19, 2026, 1:41 pm
'Jangan tunggu 'viral' baru nak baiki kemudahan di Putrajaya' – Hannah Yeoh tegur PBT
June 19, 2026, 1:20 pm
DBKL peruntuk RM200 juta naik taraf 287 lokasi penjaja di Kuala Lumpur - Hannah Yeoh
June 19, 2026, 1:07 pm
Atuk meringkuk 33 tahun dalam penjara, 14 sebatan kes rogol, amang seksual 2 cucu kandung
June 19, 2026, 12:13 pm
DBKL sita 13 gerai warga asing termasuk pemegang kad UNHCR di Selayang
June 19, 2026, 11:33 am
