TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita dilapor hilang ketika berusia 14 tahun pada 2019 ditemukan selamat bersama anak di Langkawi

By
|
Kongsi
image

 

LANGKAWI 19 Jun – Misteri kehilangan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak tujuh tahun lalu akhirnya terungkai apabila dia ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah rumah di Taman Helang Perdana, Kuah, pada malam Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditemukan selepas sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah kira-kira jam 11 malam susulan maklumat yang diterima daripada orang awam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati wanita terbabit tinggal di rumah berkenaan bersama seorang anak.

“Pemeriksaan lanjut berdasarkan rekod orang hilang mendapati wanita itu masih tersenarai sebagai individu hilang susulan laporan polis yang dibuat di Majidee, Johor pada tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan.

Samsulmuddin berkata, wanita berkenaan mengaku meninggalkan kediaman keluarganya di Johor Bahru sebelum berpindah dan menetap di Langkawi.

Beliau berkata, siasatan awal turut mendapati wanita tersebut mendakwa telah berkahwin dengan seorang warga asing, namun suaminya tidak berada di rumah ketika pemeriksaan dijalankan.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti status perkahwinan wanita berkenaan serta mendapatkan maklumat lengkap berkaitan kehidupannya sepanjang tempoh dilaporkan hilang.

Kes berkenaan turut dimaklumkan kepada pihak keluarga dan polis Johor bagi tindakan susulan.

+ - reset