Berita Berita
Hormati keluarga pelajar meninggal dunia, beri ruang polis jalankan siasatan - Fadhlina
SEREMBAN 20 Jun – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyeru masyarakat supaya memberi ruang dan menghormati sensitiviti keluarga seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang meninggal dunia di sebuah sekolah di negeri ini pada pagi Jumaat.
Beliau berkata, kejadian yang menimpa pelajar berkenaan kini dalam siasatan pihak polis dan Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kerjasama penuh bagi membantu proses siasatan.
“Mendapat perkhabaran duka pemergian anakanda di sebuah sekolah di Negeri Sembilan pada hari ini. Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Semoga keluarga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Menurut Fadhlina, keutamaan ketika ini adalah memastikan bantuan terbaik dapat disalurkan kepada keluarga mangsa serta semua pihak yang terkesan dengan insiden berkenaan.
Terdahulu, beliau bersama Ketua Pengarah Pendidikan, Mohd Azam Ahmad, menziarahi keluarga pelajar terbabit di Hospital Rembau bagi menyampaikan sokongan dan takziah.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas pelajar berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sebuah sekolah menengah di sini pada jam 10.48 pagi.
Beliau berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan beberapa saksi serta menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Berita berkaitan
June 20, 2026, 10:08 pm
'Jangan datang sini cakap bukan-bukan, tuduh Kerajaan Johor tak buat kerja' - TMJ
June 20, 2026, 5:57 pm
MUKMIN perkukuh kedudukan sebagai suara kolektif terbesar komuniti India Muslim
June 20, 2026, 1:52 pm
Selepas larang guna media sosial, Norway bakal sekat pelajar sekolah akses AI
June 20, 2026, 11:36 am
Doktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahas di Pekan
June 20, 2026, 10:47 am
Menyorok bawah katil, panjat siling elak dicekup - 186 PATI ditahan dalam Ops Kutip di Pudu
June 19, 2026, 8:56 pm
Lebih 200 rumah rosak akibat ribut di Ipoh petang tadi
June 19, 2026, 6:10 pm
