Berita Berita
Doktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahas di Pekan
PEKAN 20 Jun - Seorang doktor dan anak perempuannya berusia dua tahun antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan - Segamat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini di sini pada Jumaat.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa, Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33 yang bertugas di Hospital Segamat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak perempuannya, Dhea Sofia meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Mohd Zaidi Mat Zin berkata, isteri mangsa, Hana Ibrahim, 35, juga doktor di Hospital Segamat dilaporkan parah manakala ibu dan bapa mentuanya, Rose Abdullah, 72, dan Ibrahim Mat Taib, 80, cedera ringan.
Keadaan Toyota Alphard dan Isuzu D-Max yang terlibat nahas tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan.
Menurutnya, turut maut pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Azaharuddin Mohd Ali, 46.
"Mangsa yang berjawatan Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Cyberjaya itu juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Isterinya, Siti Fatimah Awing Kechik, 46, dilaporkan cedera ringan manakala anak lelaki mereka yang juga pelajar Sekolah Menengah Agama Haji Mohamed Yatim, Rembau, Aiman Faez Al-Amini, 15 parah," katanya.
Mohd Zaidi berkata, pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Isuzu D-Max, Syed Muhammad Izzat Aiman Syed Ahmad, 31, hanya cedera ringan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta Honda Civic dipandu Mohamad Zekry Zuhairy dan Toyota Alphard dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke arah Kuantan manakala Isuzu D-Max dari arah bertentangan.
Keadaan Honda Civic yang terlibat nahas tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat, Pekan.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, Isuzu D-Max dipandu mekanik mesin pertanian itu dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum terbabas ke laluan bertentangan akibat terlanggar lopak air.
"Akibat kejadian kenderaan terbabit bertembung dengan kereta dan MPV dipandu kedua-dua mangsa yang berada di laluan itu," katanya.
Beliau berkata, mayat semua mangsa di bawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.
"Mangsa yang cedera dihantar menerima rawatan di hospital sama," katanya.
Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
June 20, 2026, 10:08 pm
'Jangan datang sini cakap bukan-bukan, tuduh Kerajaan Johor tak buat kerja' - TMJ
June 20, 2026, 5:57 pm
MUKMIN perkukuh kedudukan sebagai suara kolektif terbesar komuniti India Muslim
June 20, 2026, 1:52 pm
Selepas larang guna media sosial, Norway bakal sekat pelajar sekolah akses AI
June 20, 2026, 10:47 am
Menyorok bawah katil, panjat siling elak dicekup - 186 PATI ditahan dalam Ops Kutip di Pudu
June 20, 2026, 8:42 am
Hormati keluarga pelajar meninggal dunia, beri ruang polis jalankan siasatan - Fadhlina
June 19, 2026, 8:56 pm
Lebih 200 rumah rosak akibat ribut di Ipoh petang tadi
June 19, 2026, 6:10 pm
