Berita Berita
'Jangan datang sini cakap bukan-bukan, tuduh Kerajaan Johor tak buat kerja' - TMJ
JOHOR BAHRU 20 Jun – Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Idris menegaskan tiada pihak seharusnya memberikan gambaran tidak tepat dengan mendakwa Kerajaan Johor gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.
Baginda bertitah, pentadbiran negeri sentiasa dipantau secara dekat bagi memastikan setiap dasar, projek dan arahan yang dirancang benar-benar dilaksanakan serta memberi manfaat kepada rakyat, bukan sekadar diumumkan.
“Jangan datang sini cakap benda bukan-bukan seolah-olah rakyat tidak dilayan dengan baik ataupun kerajaan yang mentadbir tidak membuat kerja.
“Saya ‘monitor’ kerajaan saya. Saya memastikan kerajaan ini buat kerja,” titah baginda pada sesi bersama rakyat Johor hari ini.
Menurut baginda, tahap pemantauan terhadap pentadbiran negeri dilakukan secara serius termasuk mendapatkan penjelasan secara langsung daripada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Mohammed Ridha Abd Kadir.
“Kalau tidak buat kerja, awak boleh tanya Datuk Menteri Besar, boleh tanya Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Sampai kadang-kadang jam tiga pagi pun saya telefon dan tanya kenapa benda ini belum siap?” titah baginda.
Tunku Mahkota Ismail turut menegaskan bahawa Johor tidak memerlukan politik yang hanya dipenuhi janji, teori dan lakonan, sebaliknya memerlukan kepimpinan yang mampu melaksanakan keputusan serta menghasilkan impak nyata kepada rakyat.
“Saya tidak suka janji ataupun cakap dongeng.
“Saya suka melaksanakan. Apabila ada visi, mesti kita laksanakan.
“Visi tanpa pelaksanaan, hanyalah satu halusinasi,” titah baginda.
Baginda berkata, rakyat perlu menilai sesebuah kerajaan berdasarkan fakta, prestasi, keupayaan turun padang serta hasil yang berjaya dicapai dan bukannya persepsi yang dibentuk pihak tertentu.
Menurut baginda, dakwaan bahawa Kerajaan Johor tidak bekerja atau gagal menjaga kebajikan rakyat adalah tidak tepat kerana pelbagai usaha pembangunan sedang dilaksanakan, selain terdapat beberapa kelewatan yang turut melibatkan proses kelulusan serta bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Pada masa sama, baginda mengingatkan bahawa menjadi pembangkang dan mencari kelemahan kerajaan adalah lebih mudah berbanding memikul tanggungjawab mentadbir sesebuah negeri.
“Untuk cari isu, cari salah dan menjadi pembangkang memang senang.
“Namun apabila sudah dapat kerusi untuk mentadbir, tidak semua orang boleh mentadbir,” titah baginda.
Berita berkaitan
June 20, 2026, 5:57 pm
MUKMIN perkukuh kedudukan sebagai suara kolektif terbesar komuniti India Muslim
June 20, 2026, 1:52 pm
Selepas larang guna media sosial, Norway bakal sekat pelajar sekolah akses AI
June 20, 2026, 11:36 am
Doktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahas di Pekan
June 20, 2026, 10:47 am
Menyorok bawah katil, panjat siling elak dicekup - 186 PATI ditahan dalam Ops Kutip di Pudu
June 20, 2026, 8:42 am
Hormati keluarga pelajar meninggal dunia, beri ruang polis jalankan siasatan - Fadhlina
June 19, 2026, 8:56 pm
Lebih 200 rumah rosak akibat ribut di Ipoh petang tadi
June 19, 2026, 6:10 pm
