TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gempa bumi magnitud 3.3 dikesan di perairan Batu Pahat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Jun - Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor awal pagi tadi dengan gegaran dilaporkan berkemungkinan dirasai penduduk di beberapa kawasan sekitar daerah berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada pukul 1.17 pagi di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.7 darjah Timur, kira-kira 20 kilometer (km) barat daya Batu Pahat pada kedalaman 10 km.

Menurut MetMalaysia, gegaran lemah akibat gempa bumi berkenaan berkemungkinan dapat dirasai penduduk di sekitar kawasan Batu Pahat.

“Jabatan Meteorologi akan terus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi tersebut diminta mengisi borang soal selidik yang disediakan MetMalaysia bagi membantu proses pemantauan dan pengumpulan maklumat.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati beberapa penduduk di kawasan sekitar berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran berkenaan sehingga ada yang tersedar daripada tidur.

“Tengah tidur tetiba rasa pening sekitar pukul 1 lebih pagi tadi. Pagi ini bangun baru perasan WhatsApp group kecoh kata berlaku gempa bumi area Batu Pahat,” kata seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Syamsudin.

+ - reset