Berita Berita
Keterangan mencurigakan, polis tahan lelaki, mangsa dakwa konon diculik minta tebusan RM18,000
KUALA LUMPUR 20 Jun - Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang didakwa menjadi mangsa culik dalam satu operasi khas di Johor Bahru, Johor pada Sabtu.
Bagaimanapun, siasatan awal mendapati keterangan diberikan mangsa menimbulkan keraguan.
Susulan itu, wanita berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan selain seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang ditahan dalam operasi sama.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 43 tahun pada Jumaat.
Katanya, pengadu mendakwa anak perempuannya telah diculik oleh individu tidak dikenali yang menuntut wang tebusan sebanyak RM18,000.
“Susulan laporan diterima, satu pasukan khas daripada JSJ Bukit Aman dengan kerjasama JSJ IPK Johor dan JSJ IPK Sarawak ditubuhkan bagi melaksanakan operasi menyelamat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, operasi itu tertumpu di sekitar bandar raya Johor Bahru yang dikenal pasti sebagai lokasi terakhir mangsa dikesan.
“Hasil risikan dan maklumat yang diperoleh, pasukan khas berjaya menyelamatkan mangsa di sebuah rumah di Taman Perniagaan Setia kira-kira jam 3.30 petang.
“Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun turut ditahan di lokasi sama bagi membantu siasatan,” katanya.
Kumar berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod tangkapan membabitkan dua kes dadah dan satu kes jenayah.
“Polis turut merampas empat unit telefon bimbit untuk tindakan siasatan lanjut,” katanya.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.
“Permohonan reman terhadap kedua-dua individu termasuk mangsa akan dibuat pada Ahad mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.
“Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan serta memanipulasi fakta sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Berita berkaitan
June 21, 2026, 3:14 pm
Umur baru 19 tahun dah berani 'mati' rakam wanita dalam tandas restoran
June 21, 2026, 2:00 pm
Wawasan umum barisan kepimpinan pusat, Hamzah Presiden, Rais Yatim Pengerusi
June 21, 2026, 9:54 am
Gempa bumi magnitud 3.3 dikesan di perairan Batu Pahat
June 20, 2026, 10:08 pm
'Jangan datang sini cakap bukan-bukan, tuduh Kerajaan Johor tak buat kerja' - TMJ
June 20, 2026, 5:57 pm
MUKMIN perkukuh kedudukan sebagai suara kolektif terbesar komuniti India Muslim
June 20, 2026, 1:52 pm
Selepas larang guna media sosial, Norway bakal sekat pelajar sekolah akses AI
June 20, 2026, 11:36 am
Doktor, anak perempuan antara tiga maut dalam nahas di Pekan
June 20, 2026, 10:47 am
