Berita Berita
BERSAMA sah tanding 15 kerusi DUN pada PRN Johor
KUALA LUMPUR 22 Jun – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) mengesahkan bakal meletakkan calon untuk bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.
Dua pemimpin utama parti berkenaan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa senarai penuh calon tersebut akan diumumkan pada hari Jumaat ini sempena majlis pelancaran trak kancil.
Menurut kenyataan itu, pemilihan kesemua kerusi yang bakal ditandingi adalah bersandarkan kepada profil latar belakang serta kecenderungan para pengundi, hasil daripada dapatan kaji selidik dan analisis data yang telah dijalankan sejak enam bulan lalu.
Faktor penentuan itu juga dinilai berdasarkan jumlah keahlian mengikut unit Parlimen, kecenderungan ahli BERSAMA di lokaliti terbabit, serta kesesuaian barisan calon yang terdiri daripada kalangan perintis parti di Johor mahupun calon terbuka yang menawarkan diri.
Tambah mereka, penetapan kawasan tumpuan ini turut mengambil kira keupayaan serta kemampuan jentera BERSAMA untuk mengendalikan gerak kerja kempen pilihan raya secara berkesan di setiap kerusi berkenaan.
Sehubungan itu, sistem kempen bersepadu milik parti akan mula diaktifkan esok bagi membolehkan ahli dan orang ramai dari seluruh negara memilih gerak kerja yang ingin disertai berdasarkan kesesuaian tarikh, masa, lokasi, serta jenis aktiviti.
Langkah itu selaras dengan hasrat BERSAMA untuk merintis kaedah kempen pilihan raya moden yang tidak menuntut perbelanjaan dana yang besar, sebaliknya memanfaatkan pengaktifan sukarelawan dalam kalangan ahli dan masyarakat awam.
Bagi parti berkenaan, penganjuran PRN Johor 2026 ini bukan sekadar medan perebutan kerusi mahupun jawatan politik, sebaliknya ia merupakan satu peluang terbaik untuk memulakan budaya politik baharu yang lebih berfokus kepada penyelesaian isu rakyat serta masa depan negara.
Berita berkaitan
June 22, 2026, 10:41 pm
Pelajar Tingkatan Satu parah terjatuh dari bangunan sekolah di Ipoh
June 22, 2026, 10:23 pm
Johor terima RM14.6 bilion di bawah Anwar, dakwaan dianaktirikan tidak benar - Saifuddin
June 22, 2026, 6:20 pm
LRT3 Shah Alam mula beroperasi Ahad ini – Anthony Loke
June 22, 2026, 6:04 pm
Tak tahan tekanan politik, Perdana Menteri Britain letak jawatan
June 22, 2026, 5:52 pm
Tak perlu ambil cuti lagi, JPJ BTS kini dibuka hingga 10 malam setiap hari - Anthony Loke
June 22, 2026, 4:15 pm
'Saya tidak untung pun dengan SOP ini' - Khairul Aming pertahan SOP bayi demi keselamatan
June 22, 2026, 3:15 pm
Syed Saddiq selamatkan abang hampir lemas dibawa arus kuat di Bali
June 22, 2026, 2:34 pm
MUDA umum tiga lagi calon PRN Johor, tampilkan barisan berteraskan khdimat dan pengalaman
June 22, 2026, 2:30 pm
