Berita Berita
LRT3 Shah Alam mula beroperasi Ahad ini – Anthony Loke
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 22 Jun – Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) Laluan Shah Alam akan mula beroperasi secara rasmi pada Isnin 29 Jun, dengan majlis pembukaannya disempurnakan Perdana Menteri di depot laluan berkenaan Ahad ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, majlis pembukaan LRT 3 Shah Alam akan diadakan pada Ahad, 28 Jun ini oleh Perdana Menteri di depot.
“Media dijemput ke majlis pembukaan tersebut dan operasi perkhidmatan akan bermula pada Isnin 29 Jun ,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini hari ini.
Mengulas mengenai insiden gangguan perkhidmatan melibatkan LRT Laluan Ampang baru-baru ini, Anthony berkata laporan lengkap berhubung kejadian itu dijangka siap pada hujung minggu ini.
“Laporan akan siap pada hujung minggu ini dan apabila kita menerimanya, kita akan maklumkan,” jelasnya.
Berita berkaitan
June 22, 2026, 10:41 pm
Pelajar Tingkatan Satu parah terjatuh dari bangunan sekolah di Ipoh
June 22, 2026, 10:23 pm
Johor terima RM14.6 bilion di bawah Anwar, dakwaan dianaktirikan tidak benar - Saifuddin
June 22, 2026, 6:04 pm
Tak tahan tekanan politik, Perdana Menteri Britain letak jawatan
June 22, 2026, 5:52 pm
Tak perlu ambil cuti lagi, JPJ BTS kini dibuka hingga 10 malam setiap hari - Anthony Loke
June 22, 2026, 4:15 pm
'Saya tidak untung pun dengan SOP ini' - Khairul Aming pertahan SOP bayi demi keselamatan
June 22, 2026, 3:15 pm
Syed Saddiq selamatkan abang hampir lemas dibawa arus kuat di Bali
June 22, 2026, 3:03 pm
BERSAMA sah tanding 15 kerusi DUN pada PRN Johor
June 22, 2026, 2:34 pm
MUDA umum tiga lagi calon PRN Johor, tampilkan barisan berteraskan khdimat dan pengalaman
June 22, 2026, 2:30 pm
