Berita Berita
Baru menyimpan tahun lalu, sami terkejut menang RM1 juta cabutan jutawan BSN SSP
GEORGETOWN 23 Jun - Rezeki tidak disangka menyebelahi seorang sami warga emas apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) ke-124 dengan membawa pulang wang tunai RM1 juta.
Chan Chai Siang, 73, dari Butterworth yang kini menetap di Air Itam, mula menyimpan dalam BSN SSP sejak Januari tahun lalu dan tidak menyangka simpanannya itu menghadiahkan kemenangan lumayan.
"Wang yang saya simpan ini kebanyakannya hasil daripada angpau dan sumbangan diterima daripada orang ramai.
"Sebahagian wang itu juga saya gunakan untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya selepas menerima cek cura kemenangan di Cawangan Utama BSN Pulau Pinang hari ini.
Chan yang bergelar sami sejak 1985 berkata, sebelum ini beliau pernah bekerja di beberapa kilang di Singapura dan Pulau Pinang sebelum memilih kehidupan sebagai sami.
Menurutnya, beliau masih belum mempunyai perancangan khusus terhadap wang kemenangan tersebut dan bercadang untuk terus menyimpannya sebagai jaminan masa depan.
Selain itu, beliau turut berhasrat meneruskan amalan membantu golongan yang memerlukan seperti yang dilakukan selama ini.
Sementara itu, BSN memaklumkan kempen BSN SSP 2026 yang bertemakan "BSN SSP Jom Jadi Jutawan" menawarkan hadiah Cabutan Jutawan bernilai RM1 juta kepada seorang pemenang setiap bulan dari Januari hingga November.
Bagi cabutan bonanza pada Disember pula, seorang pemenang berpeluang membawa pulang hadiah BSN SSP bernilai RM1 juta serta sebuah Porsche Macan X.
Berita berkaitan
June 25, 2026, 11:56 am
Op Kesan dilanjut hingga 30 Jun, PERKESO beri peluang kedua kepada majikan
June 25, 2026, 11:47 am
Kadar pengangguran April stabil pada 3 peratus, trend kehilangan pekerja masih terkawal
June 25, 2026, 10:41 am
'Istana tidak arah bubar DUN Johor' - Onn Hafiz tepis dakwaan Puad
June 25, 2026, 9:57 am
KPM ambil 8,042 guru baharu, 5,845 graduan IPG bakal ditempatkan Ogos ini
June 25, 2026, 9:16 am
