Berita Berita
Penuntut IPTS ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kondominium, polis tahan lelaki warga asing
KUALA LUMPUR 24 Jun - Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada tubuhnya di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dekat sini, hari ini, dalam kejadian yang disiasat sebagai kes bunuh.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.03 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 20-an dipercayai telah meninggal dunia dan terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh badannya.
“Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 20-an di lokasi yang sama bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.
"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat yang dijadualkan dijalankan esok bagi mengenal pasti punca kematian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Surianti Lataera di talian 013-3352547 bagi membantu siasatan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan bahan berkaitan kejadian di mana-mana platform sehingga menjejaskan siasatan polis," ujarnya.
Berita berkaitan
June 25, 2026, 12:32 pm
Isu "pintu belakang" universiti: Exco Kedah, Dr Haim Hilman didakwa di mahkamah
June 25, 2026, 11:56 am
Op Kesan dilanjut hingga 30 Jun, PERKESO beri peluang kedua kepada majikan
June 25, 2026, 11:47 am
Kadar pengangguran April stabil pada 3 peratus, trend kehilangan pekerja masih terkawal
June 25, 2026, 10:41 am
'Istana tidak arah bubar DUN Johor' - Onn Hafiz tepis dakwaan Puad
June 25, 2026, 9:57 am
