Berita Dunia
Zoo China tawar gaji RM61,000 setahun untuk jadi beruang hitam
KUALA LUMPUR 24 JUN - Sebuah iklan jawatan kosong di Zoo Hidupan Liar Luohe di wilayah Henan, China, tular selepas menawarkan gaji tahunan sebanyak 100,000 yuan (sekitar RM61,000) untuk individu yang sanggup memakai kostum beruang hitam.
Tugas utama jawatan itu adalah merayau di sekitar zoo dan berinteraksi dengan pengunjung dengan gelagat yang melucukan.
Uniknya, jawatan itu berjaya menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 100 permohonan dan kesemua kekosongan jawatan tersebut telah pun diisi dalam masa beberapa hari.
Tugasan itu terbuka kepada lelaki dan perempuan yang berumur 18 tahun dengan syarat sihat fizikal.
Pihak zoo menyifatkan tugasan itu sebagai jawatan paling bebas kerana pekerja boleh melakukan apa sahaja mengikut keselesaan mereka, sama ada melompat, menari, memanjat pokok, mahupun berbaring dan berangan jika penat.
Bagaimanapun, terdapat syarat ketat yang mana mereka dilarang sama sekali bercakap dengan pengunjung kecuali dalam keadaan kecemasan, selain perlu bersikap terbuka menerima apa sahaja makanan yang diberikan oleh orang ramai.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 8:33 pm
Spider-Man 'muay thai' individu anti orang islam
August 24, 2026, 4:50 pm
Selatan Thailand terus bergolak, lima lagi siri letupan bom gegarkan Narathiwat dan Pattani
August 21, 2026, 10:56 am
Rumah Putih dakwa Malaysia, Indonesia antara puluhan negara bantu China elak tarif AS
August 15, 2026, 11:05 am
Trump dakwa akan isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS
August 13, 2026, 12:55 pm
Belayar dari Port Klang, kapal kontena Nawata Bhum rempuh tebing sungai di India
August 12, 2026, 8:12 pm
Rak jemuran jatuh dari langit hempas warga emas, penunggang motosikal
August 12, 2026, 4:14 pm
Pemandu muslim maut lepas diserang orang ramai di India
August 11, 2026, 9:45 am
'Orang gila' tiba-tiba mengamuk baling batu bata tepat ke kepala budak
August 11, 2026, 8:27 am
Tiga rakyat Malaysia ditahan di Taiwan kerana jadi keldai wang sindiket penipuan
August 7, 2026, 8:45 pm
