Berita Berita
Penuntut IPTS berdepan hukuman mati, didakwa edar 14.63kg kanabis bernilai RM1.17 juta
JITRA 24 Jun - Seorang penuntut universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 14.63 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.17 juta, minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ishvherr Singh Jagjit Singh, 24, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berkenaan ketika ditahan di sekatan jalan raya Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Malaysia dari arah Thailand pada jam 11.46 pagi, 15 Jun lalu.
Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Sharifah Nurlin Atiqah Wan Idrus, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Naran Singh.
Mahkamah dimaklumkan tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Nor Syaliati kemudian menetapkan 5 Oktober depan untuk serahan laporan kimia sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Sebelum ini, media melaporkan seorang penuntut lelaki dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ bagi membawa masuk 14.63kg bunga ganja dari negara jiran sebelum ditahan polis dalam operasi di Bukit Kayu Hitam minggu lalu.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 3:25 pm
'Content makan tuan', mahkamah arah Che’gu Bard bela diri kes fitnah Agong
June 24, 2026, 3:09 pm
Media sosial gagal patuh pengesahan umur berdepan denda hingga RM10 juta
June 24, 2026, 3:02 pm
Polis KL banteras curi kabel: 276 laporan diterima, rampasan bernilai RM629,000
June 24, 2026, 2:55 pm
Hina Agong di Facebook: Pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000
June 24, 2026, 2:02 pm
Kes dompet tular: Dakwaan pulangkan wang RM10,000 diperincikan, suspek diberi jaminan polis
June 24, 2026, 1:45 pm
Guru kontrak didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar 13 tahun di hotel
June 24, 2026, 1:41 pm
Bekas jurutera IT didenda RM18,000 guna IC palsu tebus subsidi BUDI95
June 24, 2026, 1:39 pm
