Berita Berita
Bekas jurutera IT didenda RM18,000 guna IC palsu tebus subsidi BUDI95
BESUT 24 Jun – Seorang bekas jurutera teknologi maklumat (IT) didenda RM18,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan kad pengenalan milik individu lain untuk mendapatkan manfaat subsidi petrol BUDI95.
Tertuduh, Aman Rasid, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurliyana Md Zukri.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 18 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Aman didakwa menggunakan kad pengenalan milik individu lain di sebuah stesen minyak di Alor Lintang kira-kira jam 11.33 pagi pada 1 Jun lalu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah stesen minyak di Kampung Raja pada jam 7.25 malam, 2 Jun dan jam 6.07 petang, 15 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga pemilik sebenar kad pengenalan berkenaan menyedari kuota bulanan subsidi petrol BUDI95 miliknya telah digunakan tanpa kebenaran menerusi aplikasi TNG eWallet.
Siasatan mendapati pemilik sebenar tidak mempunyai akaun TNG eWallet sebelum tampil membuat laporan polis selepas mengesyaki identitinya digunakan individu lain untuk urusan pembelian petrol tanpa pengetahuannya.
Ketika menjatuhkan hukuman, Nurliyana berkata tindakan tertuduh bukan sahaja menyusahkan pengadu malah menjejaskan penerima lain yang layak menikmati manfaat BUDI95.
"Kamu menggunakan kad pengenalan orang lain untuk tujuan itu sebanyak tiga kali pada masa yang berbeza," katanya.
Mahkamah kemudian mengenakan denda RM6,000 atau enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Najah Azhar manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Fazilah Abd Rahim.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 3:25 pm
'Content makan tuan', mahkamah arah Che’gu Bard bela diri kes fitnah Agong
June 24, 2026, 3:09 pm
Media sosial gagal patuh pengesahan umur berdepan denda hingga RM10 juta
June 24, 2026, 3:02 pm
Polis KL banteras curi kabel: 276 laporan diterima, rampasan bernilai RM629,000
June 24, 2026, 2:55 pm
Hina Agong di Facebook: Pengawal keselamatan dipenjara 8 bulan, denda RM50,000
June 24, 2026, 2:02 pm
Kes dompet tular: Dakwaan pulangkan wang RM10,000 diperincikan, suspek diberi jaminan polis
June 24, 2026, 1:45 pm
Guru kontrak didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar 13 tahun di hotel
June 24, 2026, 1:39 pm
Pekerja kilang maut, motosikal terbabas masuk longkang di Persiaran Selangor
June 24, 2026, 1:12 pm
