TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wawasan tidak tanding PRN Johor, fokus PRN Negeri Sembilan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 25 Jun – Parti Cinta Malaysia yang kini berwajah baharu selepas dijenamakan sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan) mengumumkan keputusan untuk tidak meletakkan sebarang calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung 11 Julai depan.

Presiden Wawasan, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, sebaliknya parti itu memilih untuk mengalihkan tumpuan sepenuhnya bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan nanti.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Pembangkang menegaskan, keputusan untuk tidak bertanding di Johor tidak bermakna parti itu akan berkecuali daripada landskap politik di negeri berkenaan.

"Tidak menyertai (PRN Johor) bukan bermakna kita tidak menyokong mana-mana calon. Kita tetap akan memberikan sokongan kepada calon-calon tertentu.

"Perkara ini akan saya umumkan secara rasmi selepas Majlis Tertinggi Wawasan bersidang dalam masa terdekat untuk memuktamadkan blok atau calon mana yang akan kita sokong," katanya dalam satu sidang media di pejabat beliau di sini, hari ini.

Pengumuman ini sekali gus menoktahkan spekulasi mengenai status pembabitan parti tersebut di Johor, susulan laporan dinamika hubungan dan bantahan dalaman gabungan pembangkang sebelum ini.

Menurut Hamzah, hala tuju serta strategi sokongan Wawasan bagi mendepani PRN Johor hanya akan diperincikan selepas perbincangan rasmi peringkat tertinggi parti selesai sepenuhnya.

+ - reset