Berita Berita
Kanak-kanak 9 tahun maut disyaki terjatuh ketika mandi di rumah
KUALA LUMPUR 25 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Bukit Segar, Cheras, petang semalam.
Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Zon Merah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.01 malam pada 24 Jun.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati insiden berlaku sekitar pukul 5 petang apabila mangsa dipercayai terjatuh semasa mandi di bilik air rumahnya sehingga mengalami kecederaan.
“Mangsa kemudian dibawa oleh ahli keluarga ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HCTM bagi tujuan bedah siasat, manakala punca sebenar kematian masih dalam siasatan.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan turut diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, polis menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan memastikan aspek keselamatan anak-anak diberi perhatian pada setiap masa, termasuk ketika berada di dalam rumah.
Sebarang kecemasan boleh dilaporkan menerusi talian NG MERS 999 atau menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243.
Berita berkaitan
June 25, 2026, 5:51 pm
Polis buka kertas siasatan terhadap Puad Zarkashi, 153 laporan diterima seluruh negara
June 25, 2026, 5:23 pm
Suspek kes dadah maut terjun jejambat ketika cuba elak ditahan polis
June 25, 2026, 3:31 pm
Umpan wang RM5 dan mi segera: Warga emas 73 tahun ditahan cabul dua murid di stor masjid
June 25, 2026, 3:18 pm
Isu "pintu belakang": KPT tegas kemasukan universiti awam ikut merit, tepis isu UEC
June 25, 2026, 3:03 pm
Wawasan tidak tanding PRN Johor, fokus PRN Negeri Sembilan
June 25, 2026, 3:01 pm
Malaysia naik tangga ke-12 negara paling aman di dunia
June 25, 2026, 1:51 pm
