Berita Berita
'Kalau ikut adat Melayu orang berbudi, kita berbahasa' - Kor Ming kecewa pemimpin Johor tidak sambut lawatan KPKT
JOHOR BAHRU 25 Jun – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melahirkan rasa kecewa apabila jemputan rasmi kepada Menteri Besar Johor serta barisan Exco kerajaan negeri untuk menghadiri Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 di Taman Ungku Tun Aminah, di sini hari ini tidak mendapat sambutan.
Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP berkata, kehadiran pemimpin kerajaan negeri dalam program berkenaan penting bagi menunjukkan komitmen bersama antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam membantu rakyat.
Menurut beliau, surat dan jemputan rasmi telah dihantar kepada Menteri Besar Johor serta Exco kerajaan negeri pada Isnin lalu bagi menghadiri lawatan Sentuhan Kasih KPKT 4.0 tersebut.
“Saya rasa amat terkilan sekali apabila jemputan tidak disambut kerana mengikut adat Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Okey, datang pun tak datang, jawab pun tak jawab, sambut pun tak sambut.
“Sebab itu, kita harus memilih pemimpin yang rendah hati, yang berjiwa rakyat, yang berjiwa besar. Bila Menteri Persekutuan datang, tidak ada yang datang sambut dan dilayan, ini bukan budaya Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 di Taman Ungku Tun Aminah, di sini hari ini.
Kor Ming berkata, hubungan erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting bagi memastikan segala perancangan serta bantuan yang disalurkan dapat dilaksanakan secara berkesan demi manfaat rakyat.
Menurutnya, kerjasama yang baik akan memudahkan pelaksanaan peruntukan dan projek pembangunan, sekali gus membolehkan rakyat menikmati manfaat dengan lebih cepat dan menyeluruh.
Katanya, perkara itu lebih signifikan bagi Johor yang merupakan pintu masuk utama negara serta mempunyai potensi besar sebagai hab ekonomi utama Malaysia.
“Saya berdoa Johor akan menjadi negeri yang sehaluan bersama dengan Kerajaan Persekutuan supaya senang untuk kita bekerja, untuk berbakti, untuk kita berjasa.
“Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dan cakna untuk mengorak langkah bersama-sama rakyat Johor. Kita patut menjaga keharmonian masyarakat dan mempertahan kestabilan politik supaya nilai ringgit kita kekal kukuh dan ekonomi kita boleh berkembang,” ujarnya.
Berita berkaitan
June 25, 2026, 5:51 pm
Polis buka kertas siasatan terhadap Puad Zarkashi, 153 laporan diterima seluruh negara
June 25, 2026, 5:23 pm
Suspek kes dadah maut terjun jejambat ketika cuba elak ditahan polis
June 25, 2026, 3:55 pm
Kanak-kanak 9 tahun maut disyaki terjatuh ketika mandi di rumah
June 25, 2026, 3:31 pm
Umpan wang RM5 dan mi segera: Warga emas 73 tahun ditahan cabul dua murid di stor masjid
June 25, 2026, 3:18 pm
Isu "pintu belakang": KPT tegas kemasukan universiti awam ikut merit, tepis isu UEC
June 25, 2026, 3:03 pm
Wawasan tidak tanding PRN Johor, fokus PRN Negeri Sembilan
June 25, 2026, 3:01 pm
Malaysia naik tangga ke-12 negara paling aman di dunia
June 25, 2026, 1:51 pm
