TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'We are here to stay!’ – Pemimpin muda Bersatu lancar gerakan SEBB, dedah misi 'reset politik' Malaysia”

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID 

KUALA LUMPUR 25 Jun – Satu sidang media yang diadakan oleh kelompok pemimpin muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia melancarkan gerakan baharu dikenali sebagai Sekretariat Era Baharu Bersatu (SEBB) serta inisiatif 'Nothing To Hide 3.0', yang disifatkan sebagai usaha 'reset politik' dalam parti dan negara.

Adun Kota Siputeh, YB Ashraf Mustaqim menegaskan bahawa mereka adalah generasi pemimpin muda, profesional dan teknokrat yang mahu membawa perubahan berasaskan dasar, bukan sekadar slogan.

“We will be loud and we are here to stay,” antara mesej tegas yang disuarakan beliau.

Menurut beliau, pendekatan politik masa depan perlu beralih daripada “GDP fetish” dan perebutan kuasa kepada penyelesaian isu rakyat seperti kemiskinan bandar, pendidikan, nasib nelayan, petani serta cabaran ekonomi gig.

Menurut beliau, SEBB menghimpunkan gabungan wakil rakyat muda bersama profesional daripada pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, geologi, logistik, teknologi dan keusahawanan bagi menyumbang kepada pembangunan dasar negara.

Beliau mendakwa tindakan beberapa individu meninggalkan parti sebenarnya memberi ruang kepada Bersatu melakukan "pembersihan" daripada budaya politik wang, penipuan pemilihan dan amalan politik lapuk yang didakwa dibawa oleh kelompok yang digelar sebagai "kontraktor politik".

"Gerakan Nothing To Hide 3.0 akan bergerak melalui pendekatan 'town hall' dan turun ke lapangan bagi mendengar suara rakyat, khususnya golongan muda.

"Kami akan menjawab segala tohmahan tanpa berselindung, dan memaparkan kebenaran sebenar," jelasnya.

Antara isu utama yang akan diketengahkan termasuk jurang pendidikan, ekonomi rakyat serta ketidakseimbangan sosial antara bandar dan luar bandar.

Beliau turut menegaskan sokongan terhadap penyatuan dalam Perikatan Nasional, namun menekankan bahawa perpaduan mesti berasaskan integriti, bukan pengulangan amalan politik lama.

Beliu juga menggariskan bahawa masa depan politik Melayu perlu kekal bersatu, namun dalam masa sama berkongsi ruang dengan kaum lain dalam kerangka politik Malaysia yang lebih inklusif.

Sidang media tersebut dilihat sebagai isyarat kebangkitan kelompok muda dalam Bersatu yang mahu membawa naratif baharu daripada politik slogan kepada politik solusi.

+ - reset