Berita Viral
'Ingatkan ikan', wanita kesal jumpa benda panjang berbulu dalam gulai Nasi Dagang
KUALA LUMPUR 29 JUN - Tular di media sosial luahan kecewa seorang wanita apabila hasrat untuk menggembirakan keluarga dengan hidangan nasi dagang bertukar menjadi satu pengalaman yang meloyakan.
Melalui perkongsian @neenabeela di media sosial, individu itu menceritakan ibunya ingin menuang gulai ke atas nasi dagang berkenaan sebelum menyedari 'lauk tambahan' yang mencurigakan.
"Niat belikan nasi dagang untuk keluarga, sekali ibu saya tuang gulai atas nasi, tengok-tengok ada benda panjang.
"Dia ingat ikan ke apa, tapi takkan laaaa panjang sangat," katanya menerusi hantaran tersebut.
Insiden meloyakan tekak itu disedari apabila 'lauk tambahan' tersebut kelihatan terlalu panjang berbulu dan tidak menyerupai potongan ikan tongkol yang biasa dihidangkan bersama nasi dagang.
Meskipun wanita itu tidak menjelaskan 'benda panjang' tersebut secara terperinci, rata-rata orang ramai di ruangan komen mula meluahkan rasa trauma yang sama.
Selain itu, ada juga pengguna media sosial berkongsi pandangan bahawa 'benda panjang' itu ialah kerabu sarang iaitu makanan tradisi unik dari Pantai Timur,
Bagaimanapun, insiden seumpama itu sekali lagi mencetuskan kegusaran ramai mengenai tahap kebersihan dan pengendalian makanan oleh segelintir peniaga yang dilihat mengambil mudah aspek keselamatan hidangan kepada pelanggan.
Berita berkaitan
June 30, 2026, 5:18 pm
Cubaan 2 lelaki curi kabel gagal lepas jatuh dikejar polis
June 29, 2026, 4:30 pm
Padah isu viral 'busuk', rakyat Malaysia dakwa mula dilayan teruk di China
June 26, 2026, 1:07 pm
Mengajar selama 40 tahun, guru kontrak bersara dengan gaji RM120
June 26, 2026, 10:57 am
Lelaki etnik Rohingya dikejar lepas didakwa langgar budak sekolah?
June 25, 2026, 4:10 pm
Ditahan isteri sambil gendong bayi, lelaki perjelas isu mengamuk dengan pemandu Myvi
June 24, 2026, 4:20 pm
Kecoh dakwaan premis ala pub warga asing, netizen minta tindakan PBT
June 24, 2026, 3:53 pm
