Berita Viral
Padah isu viral 'busuk', rakyat Malaysia dakwa mula dilayan teruk di China
KUALA LUMPUR 29 JUN – Gara-gara tindakan biadap sekumpulan pelancong Malaysia yang menghina dan menjerit perkataan busuk kepada warga tempatan di China baru-baru ini.
Impaknya kini mula dirasai oleh rakyat Malaysia yang lain apabila ada yang mendakwa mula dilayan secara dingin oleh pihak berkuasa di sana.
Isu yang sedang hangat diperkatakan itu tercetus selepas video sekumpulan pelancong dari Malaysia menutup hidung sambil mengeluarkan kata-kata kesat tular meluas.
Kesan daripada insiden itu, seorang wanita Malaysia yang baru sahaja tiba di negara tembok besar tersebut mendakwa pemandu e-hailing di sana terus menunjukkan video viral tersebut kepadanya sebaik sahaja mengetahui dia berasal dari Malaysia.
Menurut Jaja.az di media sosial, video kelakuan buruk itu telah tular di platform TikTok versi tempatan dan aplikasi RedNote sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara tersebut.
Keadaan itu secara tidak langsung membuatkan dia berasa amat malu sebagai rakyat Malaysia, malah dia turut mendakwa telah dilayan buruk oleh pihak imigresen China di lapangan terbang sejurus tiba dipercayai akibat tempias imej negatif yang ditinggalkan pelancong sebelum ini.
"Saya okay sahaja dekt sini tak 'backup' siapa-siapa tapi awal-awal sampai 'airport' dah kene layan macam 'sampah' dengan imigresen China sebab dari Malaysia."
Sebelum ini tular video sekumpulan pelancong mencetuskan kecaman hebat apabila bertindak menutup hidung secara keterlaluan ketika beratur menaiki bas bersama warga tempatan lalu menjerit mempersoalkan sama ada orang di sekeliling mereka tidak mandi.
Meskipun semakan mendapati video asal telah pun dipadamkan daripada akaun TikTok individu terlibat, tindakan tersebut sudah terlambat kerana rakaman berkenaan telah pun tersebar luas dan meraih ratusan ribu tontonan di seluruh dunia.
Berita berkaitan
June 30, 2026, 5:18 pm
Cubaan 2 lelaki curi kabel gagal lepas jatuh dikejar polis
June 29, 2026, 12:49 pm
'Ingatkan ikan', wanita kesal jumpa benda panjang berbulu dalam gulai Nasi Dagang
June 26, 2026, 1:07 pm
Mengajar selama 40 tahun, guru kontrak bersara dengan gaji RM120
June 26, 2026, 10:57 am
Lelaki etnik Rohingya dikejar lepas didakwa langgar budak sekolah?
June 25, 2026, 4:10 pm
Ditahan isteri sambil gendong bayi, lelaki perjelas isu mengamuk dengan pemandu Myvi
June 24, 2026, 4:20 pm
Kecoh dakwaan premis ala pub warga asing, netizen minta tindakan PBT
June 24, 2026, 3:53 pm
