Berita Viral
Warga asing selamba bawa kenderaan tiga roda tengah-tengah jalan di Selayang cetus kemarahan netizen
Selayang 25 Jun – Tindakan seorang individu dipercayai warga asing yang membawa kenderaan tiga roda dengan muatan besar di jalan utama Selayang mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen di media sosial.
Menerusi rakaman yang tular, kenderaan tersebut dilihat bergerak perlahan di laluan utama dengan membawa timbunan bahan seperti kotak sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengguna jalan raya lain.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menunjukkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Pengguna media sosial ,sha_sharan88 meluahkan rasa tidak puas hati dan meminta tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.
Ini salah satu kejadian, boleh nampak dia setiap hari di Selayang. Bila pihak tertentu nak ambik tindakan,” katanya.
Seorang pengguna lain, xettys_s turut menyuarakan rasa marah terhadap situasi tersebut dan meminta tindakan segera diambil di lokasi kejadian.
“Cuba hon kuat-kuat, tengah jalan pulak tu bawa,” komen .
Dalam masa sama, ada netizen en.bard_9h yang menggesa penguatkuasaan lebih tegas terhadap kenderaan tidak mengikut piawaian di jalan raya.
“Bagi aku pihak berkuasa memang lemah, motor tiga roda susah nak sita,” ujarnya.
Isu ini terus mendapat perhatian ramai apabila beberapa pengguna lain turut mendakwa situasi tersebut sudah berulang di kawasan berkenaan, namun belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa setakat ini.
Berita berkaitan
June 25, 2026, 4:10 pm
Ditahan isteri sambil gendong bayi, lelaki perjelas isu mengamuk dengan pemandu Myvi
June 24, 2026, 4:20 pm
Kecoh dakwaan premis ala pub warga asing, netizen minta tindakan PBT
June 24, 2026, 3:53 pm
Enggan minta maaf, sekumpulan murid buli hingga sesak nafas?
June 23, 2026, 7:08 pm
Dua penunggang motosikal 'cium' belakang kereta lepas rakan bergurau tarik kunci?
June 23, 2026, 4:40 pm
Ahlong hantar 'rider' makanan suruh bayar hutang
June 23, 2026, 10:07 am
