Berita Viral
Ditahan isteri sambil gendong bayi, lelaki perjelas isu mengamuk dengan pemandu Myvi
KUALA LUMPUR 25 JUN - Tindakan melulu seorang lelaki yang menyerang sebuah kenderaan di persimpangan jalan raya tular di media sosial.
Menerusi rakaman video yang berdurasi kurang seminit itu memperlihatkan, lelaki berkenaan meluru ke arah sebuah Perodua Myvi yang sedang berhenti di lampu isyarat.
Tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain, dia bertindak membuka pintu kenderaan Myvi tersebut lalu dipercayai menyerang pemandunya secara fizikal.
Suasana menjadi semakin tegang apabila seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki agresif tersebut terpaksa keluar dari kenderaan mereka sambil mengendong bayi untuk menghalang dan menenangkan suaminya.
Sedar akan perbuatannya itu tular di media sosial, lelaki tersebut menjelaskan punca kejadian di ruangan komen.
Dipercayai menggunakan akaun bernama @Acoi2.0, lelaki itu meminta video tersebut dipadam.
"Saya nak minta sahabat tolong padamkan video itu, saya orang yang dekat dalam video yang awak 'post' itu.
"Saya naik angin sebab 'brader' (pemandu Myvi) itu pancung rapat-rapat depan kereta saya.
"Dia dah membahayakan saya, isteri dan anak saya sahabat," katanya mengulas insiden itu.
Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai tidak wajar dan memalukan terutamanya apabila dilakukan di hadapan isteri dan anak yang masih kecil.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 4:20 pm
Kecoh dakwaan premis ala pub warga asing, netizen minta tindakan PBT
June 24, 2026, 3:53 pm
Enggan minta maaf, sekumpulan murid buli hingga sesak nafas?
June 23, 2026, 7:08 pm
Dua penunggang motosikal 'cium' belakang kereta lepas rakan bergurau tarik kunci?
June 23, 2026, 4:40 pm
Ahlong hantar 'rider' makanan suruh bayar hutang
June 23, 2026, 10:07 am
