Berita Viral
Kecoh dakwaan premis ala pub warga asing, netizen minta tindakan PBT
KUALA LUMPUR 24 Jun - Satu perkongsian di media sosial menjadi tular selepas seorang pengguna mendakwa kewujudan sebuah premis yang didakwa beroperasi ala pub untuk warga asing berhampiran kawasan pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dalam video tersebut, kelihatan warga asing sedang duduk sambil menghisap rokok di dalam kawasan premis terbabit.
Perkongsian tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen mengenai isu penguatkuasaan dan operasi perniagaan di kawasan terbabit.
Rata-rata pengguna media sosial tampil memberikan pandangan dan kritikan terhadap pihak berkuasa, serta segelintir yang mempersoalkan lesen operasi.
Seorang pengguna, ataspokokcawat berkata yang patut disalahkan ialah pemilik premis.
“Orang pertama yg patut di salah kan pemilik kedai kenapa dia bagi puak-puak ni sewa kedai kedua baru salah pbt,” tulisnya.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, friddy.z turut mempertikaikan keadaan premis tersebut yang didakwa tidak terkawal.
"Memang dia buat macam tempat dia," komennya.
Sementara itu, seorang pengguna, hazmimussa mendakwa keadaan tersebut semakin berleluasa di kawasan tertentu.
“Kawasan Ampang Jaya lagi banyak, siap boleh buka kedai makan, kat jalan utama pulak tu”
Tidak kurang juga, pengguna abangmanisaiskrim yang menegur isu lesen dan operasi premis tersebut.
“Siapa punya lesen lah ni pakai sampai boleh buka,” katanya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan dakwaan yang tular itu, namun isu tersebut terus menjadi perbualan hangat di media sosial.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 3:53 pm
Enggan minta maaf, sekumpulan murid buli hingga sesak nafas?
June 23, 2026, 7:08 pm
Dua penunggang motosikal 'cium' belakang kereta lepas rakan bergurau tarik kunci?
June 23, 2026, 4:40 pm
Ahlong hantar 'rider' makanan suruh bayar hutang
June 23, 2026, 10:07 am
(VIDEO) Netizen 'kembang tekak' lihat tikus berkeliaran, ambil makanan di restoran di Johor
June 22, 2026, 10:53 am
'Tak sayang nyawa' - Remaja lakukan aksi 'wheelie ekstrem' undang kecaman netizen
June 11, 2026, 2:28 pm
