Berita Viral
Enggan minta maaf, sekumpulan murid buli hingga sesak nafas?
KUALA LUMPUR 24 JUN - Belum lagi reda dengan kes buli melibatkan murid perempuan di sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sabah.
Kini tular pula video sekumpulan murid dipercayai sedang membuli seorang pelajar lain secara berkumpulan.
Berdasarkan video tersebut, mangsa dikelilingi murid-murid lain sambil merakam perbuatan pembuli itu tanpa niat mahu meleraikan.
Menerusi audio video itu, punca insiden buli tersebut berlaku dipercayai disebabkan mangsa enggan meminta maaf pada rakannya.
Selepas pembuli memeluk erat mangsa, dia kelihatan lemas dan tidak berdaya sebelum rakan lain berusaha mengejutkannya.
Melihat pada insiden yang berlaku, rata-rata pengguna media sosial mahu murid-murid terlibat diambil tindakan sewajarnya kerana ia melibatkan nyawa seseorang.
Malah ada pengguna media sosial mahu ibu bapa kepada murid-murid terlibat mengambil tindakan tegas terhadap anak mereka sendiri.
Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Berita berkaitan
June 24, 2026, 4:20 pm
Kecoh dakwaan premis ala pub warga asing, netizen minta tindakan PBT
June 23, 2026, 7:08 pm
Dua penunggang motosikal 'cium' belakang kereta lepas rakan bergurau tarik kunci?
June 23, 2026, 4:40 pm
Ahlong hantar 'rider' makanan suruh bayar hutang
June 23, 2026, 10:07 am
(VIDEO) Netizen 'kembang tekak' lihat tikus berkeliaran, ambil makanan di restoran di Johor
June 22, 2026, 10:53 am
'Tak sayang nyawa' - Remaja lakukan aksi 'wheelie ekstrem' undang kecaman netizen
June 11, 2026, 2:28 pm
