TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lelaki etnik Rohingya dikejar lepas didakwa langgar budak sekolah?

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 26 JUN - Tular video di media sosial sekumpulan lelaki mengejar seorang individu yang dipercayai etnik Rohingya selepas didakwa melanggar seorang budak sekolah.

Menerusi audio yang tular itu, suspek dipercayai melarikan diri selepas didakwa mencederakan mangsa sebelum dikejar orang ramai yang berada di kawasan berdekatan. 

Suspek turut disoal siasat oleh orang ramai selepas cubaan melarikan diri di kawasan lorong-lorong berdekatan gagal.

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian, namun menurut butiran di kapsyen video ia dipercayai berlaku di Padang Jawa, Shah Alam.

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, sehingga kini tiada laporan rasmi membabitkan insiden itu selepas dihubungi Media Telus.

+ - reset