Berita Berita
BN pilih pendekatan berhemah, elak pergaduhan hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan
Oleh AZIM SAID
SHAH ALAM 30 Jun - Barisan Nasional (BN) menegaskan pendekatan berhemah dan tidak berkonfrontasi akan terus menjadi teras utama jentera parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan yang akan berlangsung selepas ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berkata, BN ketika ini berada dalam peringkat persekutuan bersama pelbagai parti dan menekankan kepentingan menjaga keharmonian politik walaupun berada dalam suasana pertandingan pilihan raya.
“Dari segi kempen sedang berjalan dengan baik seperti yang kita ketahui dalam Pilihan Raya Negeri Johor begitu juga selepas ini di Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media.
Beliau menjelaskan, BN memilih untuk tidak mengambil pendekatan menyerang pihak lawan, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyantuni rakyat dan menawarkan dasar terbaik untuk pengundi.
“Dari segi pendekatan Barisan Nasional kita mengambil pendekatan untuk tidak bergaduh, kita lebih kepada pendekatan berhemah sebab kita sekarang berada di peringkat persekutuan, kita berada dalam kerajaan yang sama dan pelbagai parti bertanding,” katanya.
Tambahnya, semua jentera BN telah diberikan arahan jelas untuk memastikan kempen berjalan secara tertib tanpa sebarang unsur fitnah atau provokasi.
“Kita telah pun memberikan arahan kepada semua jentera kita seperti biasa. Barisan Nasional dia bekerja, dia tak banyak bercakap. Kita tak pandai untuk maki hamun atau menabur fitnah, kita buat kerja,” jelas beliau.
Beliau turut menyeru semua pihak supaya saling menghormati antara satu sama lain sepanjang tempoh kempen, selain memberi ruang kepada pengundi untuk membuat keputusan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan.
Dalam pada itu, beliau berkata pengundi muda menunjukkan perkembangan positif dan BN yakin pendekatan yang dibawa mampu meraih sokongan golongan tersebut.
“Pengundi muda pun saya ingat begitu baik juga, kita harapkan mereka juga akan memberikan sokongan kepada kita,” katanya.
Mengulas mengenai pengundi atas pagar, beliau menegaskan BN tidak boleh memaksa sokongan, sebaliknya hanya boleh meyakinkan melalui hujah dan dasar yang ditawarkan.
“Hak untuk mengundi ini kita tidak boleh memaksa, tapi yang paling mustahak ialah kita membawa asas-asas dan hujah-hujah yang baik kenapa mereka perlu memilih Barisan Nasional,” katanya.
Beliau menutup sidang media dengan menegaskan bahawa fokus utama BN adalah memastikan proses pilihan raya berjalan lancar serta mengekalkan suasana politik yang harmoni antara semua pihak.
Berita berkaitan
June 30, 2026, 6:50 pm
Isu buli MRSM Johor: Tiada kompromi, MARA tunggu laporan lengkap polis
June 30, 2026, 6:45 pm
Hampir 10,000 pendidik MARA diraikan, kebolehpasaran TVET cecah 99.1 peratus
June 30, 2026, 2:27 pm
Amang seksual murid bawah umur: Warga emas 73 tahun mengaku tidak bersalah
June 30, 2026, 2:13 pm
Onn Hafiz bidas serangan peribadi Mohd Puad: "Perjuangan ini bukan mengenai individu"
June 30, 2026, 2:05 pm
Ahli Parlimen gesa kerajaan tangguh TURAP, persoal peranan syarikat pengurusan pekerja asing
June 30, 2026, 2:02 pm
Skim mySalam: RM108 juta dibayar kepada 123,800 penerima B40 sehingga Mei
June 30, 2026, 1:19 pm
UiTM lancar inisiatif semikonduktor, lahir tenaga mahir bumiputera
June 30, 2026, 12:33 pm
