Berita Berita
Isu buli MRSM Johor: Tiada kompromi, MARA tunggu laporan lengkap polis
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 30 Jun – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan pendirian tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku disiplin termasuk kes buli di sebuah MRSM di Johor baru-baru ini.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata,pihak Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) sedang menanti siasatan penuh daripada pihak pekuasa polis.
“Kita masih menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Anugerah Pendidikan MARA 2026 di sini, hari ini.
Beliau turut berkata kawat cam terhadap mereka yang disyaki dan terbabit sudah dilakukan.
Beliau berkata MARA tidak boleh berkompromi berkenaan isu-isu berkait dengan disiplin, moral dan akhlak pelajar.
Jelasnya, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran, kepakaran, kompetensi dalam pelbagai bidang tetapi mereka mesti mempunyai akhlak jati diri dan akal budi yang tinggi.
"Itu sebab kita tak boleh kompromi dalam kekuatan-kekuatan buli sama ada buli yang bersifat fizikal, moral ataupun mental.
"Dan sebab itulah dalam konteks ini, penempatan warden akan dimulakan mulai esok," ujarnya.
Menurutnya, proses pemilihan dan penyaringan bekas-bekas tentera telah pun selesai untuk pemilihan warden-warden sepenuh masa lelaki.
"InsyaAllah minggu ni selesai peringkat perempuan. Kita akan menempatkan 4 warden, 2 lelaki 2 perempuan di setiap MRSM.
"Untuk tahun ni, kita mulakan dengan 10 MRSM. Bermula Januari, semua 58 MRSM akan mempunyai warden yang bertugas sepenuh masa daripada kalangan bekas tentera," tambahnya.
Tambah beliau, langkah itu bertujuan mengurangkan beban guru serta memperkukuh sistem pemantauan disiplin pelajar secara lebih berkesan.
Berita berkaitan
June 30, 2026, 6:45 pm
Hampir 10,000 pendidik MARA diraikan, kebolehpasaran TVET cecah 99.1 peratus
June 30, 2026, 2:27 pm
Amang seksual murid bawah umur: Warga emas 73 tahun mengaku tidak bersalah
June 30, 2026, 2:13 pm
Onn Hafiz bidas serangan peribadi Mohd Puad: "Perjuangan ini bukan mengenai individu"
June 30, 2026, 2:05 pm
Ahli Parlimen gesa kerajaan tangguh TURAP, persoal peranan syarikat pengurusan pekerja asing
June 30, 2026, 2:02 pm
Skim mySalam: RM108 juta dibayar kepada 123,800 penerima B40 sehingga Mei
June 30, 2026, 1:25 pm
BN pilih pendekatan berhemah, elak pergaduhan hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan
June 30, 2026, 1:19 pm
UiTM lancar inisiatif semikonduktor, lahir tenaga mahir bumiputera
June 30, 2026, 12:33 pm
