Berita Berita
Hampir 10,000 pendidik MARA diraikan, kebolehpasaran TVET cecah 99.1 peratus
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR, 30 Jun 2026 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) meraikan jasa dan dedikasi warga pendidik Institusi Pendidikan MARA (IPMA) menerusi Hari Anugerah Pendidik MARA (APM) 2026 yang berlangsung di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
Majlis tahunan itu diraikan sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik yang menjadi tunjang kecemerlangan sistem pendidikan MARA.
Seramai 9,987 pendidik daripada 346 institusi pendidikan MARA terlibat dalam sambutan tahun ini, meliputi pelbagai institusi termasuk MRSM, GIATMARA, Kolej MARA, KPTM, UniKL dan lain-lain institusi pendidikan di bawah MARA.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bahawa graduan khususnya dalam bidang TVET mencatat kebolehpasaran sehingga 99.1 peratus, dengan sebahagian graduan menerima tawaran gaji lebih tinggi daripada paras minimum industri.
Industri turut menunjukkan keyakinan tinggi terhadap graduan MARA apabila banyak syarikat menjalin kerjasama strategik bagi mendapatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi mengikut keperluan semasa.
Antara pencapaian yang turut dikongsi ialah pengambilan kira-kira 700 pelajar oleh Samsung, dengan tawaran gaji sekitar RM3,500 hingga RM3,800.
Perkara ini dilihat sebagai bukti keyakinan industri terhadap sistem pendidikan MARA serta keupayaan kurikulum yang boleh disesuaikan mengikut keperluan industri.
MARA turut menekankan bahawa sistem pendidikannya merangkumi 346 institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk pendidikan awal kanak-kanak, MRSM, TVET dan universiti.
"Selaras dengan Pelan Strategik MARA 2026–2030, tumpuan diberikan kepada pembangunan bakat pendidik, peningkatan kompetensi, pengukuhan pendidikan STEM dan TVET serta kerjasama strategik bersama industri," ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa kejayaan sistem pendidikan selama ini adalah hasil komitmen berterusan warga pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk sahsiah dan jati diri pelajar.
Majlis APM 2026 turut mengiktiraf sumbangan pendidik melalui pelbagai kategori anugerah sebagai penghargaan terhadap dedikasi mereka dalam memperkasakan pendidikan negara.
Berita berkaitan
June 30, 2026, 6:50 pm
Isu buli MRSM Johor: Tiada kompromi, MARA tunggu laporan lengkap polis
June 30, 2026, 2:27 pm
Amang seksual murid bawah umur: Warga emas 73 tahun mengaku tidak bersalah
June 30, 2026, 2:13 pm
Onn Hafiz bidas serangan peribadi Mohd Puad: "Perjuangan ini bukan mengenai individu"
June 30, 2026, 2:05 pm
Ahli Parlimen gesa kerajaan tangguh TURAP, persoal peranan syarikat pengurusan pekerja asing
June 30, 2026, 2:02 pm
Skim mySalam: RM108 juta dibayar kepada 123,800 penerima B40 sehingga Mei
June 30, 2026, 1:25 pm
BN pilih pendekatan berhemah, elak pergaduhan hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan
June 30, 2026, 1:19 pm
UiTM lancar inisiatif semikonduktor, lahir tenaga mahir bumiputera
June 30, 2026, 12:33 pm
