TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Dah banyak kali jadi' tular rakaman CCTV kanak-kanak nyaris dibaham anjing perliharaan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 01 JULAI - Penduduk di sekitar Kampung Pulau Serai, Terengganu meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan anak-anak mereka berikutan kejadian anjing peliharaan yang terlepas dan mengejar kanak-kanak di kawasan perumahan tersebut.

Insiden terbaharu itu tular menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai dikongsikan oleh pemilik rumah, Mohd Fathi Hakim di media sosial.  

Berdasarkan klip video berdurasi 21 saat itu, kejadian yang berlaku pada waktu petang tersebut memaparkan dua orang kanak-kanak wanita sedang berjalan di pekarangan rumah sebelum tiba-tiba menyedari kehadiran seekor anjing liar yang menghampiri mereka. 

Tindakan pantas kedua-dua kanak-kanak wanita itu berjaya menyelamatkan dua orang kanak-kanak lain yang berada berhampiran untuk masuk berlindung ke dalam rumah.

Beberapa saat kemudian, anjing berkenaan dilihat meluru mengejar kanak-kanak tersebut sebelum melarikan diri selepas gagal memasuki ke dalam kediaman.

Menurut Mohd Fathi, anjing peliharaan tersebut dipercayai milik salah seorang penduduk tempatan yang tinggal tidak jauh dari kawasan berkenaan. 

Pemiliknya yang didakwa beragama Islam telah gagal mengawal haiwan tersebut sehingga terlepas dari kandang.

"Buat pengetahuan, insiden ini sudah banyak kali terjadi sebelum ini," katanya dalam hantaran di media sosial.

Jelas beliau lagi, hantaran tersebut dibuat demi keselamatan penduduk setempat dengan harapan agar pihak berkuasa tempatan dapat mengambil tindakan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kita tidak minta perkara buruk berlaku kepada penduduk setempat tetapi kalau dah jadi, ia sudah terlambat," ujarnya.

+ - reset