TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pelancong akui pertama kali tengok benda paling jijik dalam hidup di KL

By
|
Kongsi
image

"Ini tempat paling menjijikkan yang pernah saya lihat sepanjang hidup saya."

Itulah luahan seorang pelancong warga asing yang tular di media sosial baru-baru ini mengenai sebuah pangsapuri komersial yang dikenali sebagai ‘The Bund Shanghai’ di ibu kota Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman video bertajuk 'Would you stay in this Malaysian Airbnb', pelancong yang dikenali sebagai Marco Roams itu pada mulanya menyangka bangunan setinggi beberapa tingkat itu merupakan sebuah premis penginapan biasa yang boleh ditempah secara dalam talian menerusi aplikasi popular seperti Airbnb atau Booking.com.

Bagaimanapun, sangkaan pelancong tersebut meleset sebaik sahaja dia melangkah masuk ke pekarangan bangunan berkenaan apabila mendakwa terus dihidu dengan bau hancing yang amat meloyakan. 

Bukan itu sahaja, keadaan di dalam bangunan tersebut disifatkan amat daif apabila kemudahan asas seperti lif langsung tidak berfungsi, sekali gus memaksa penghuni mahupun pelawat menggunakan laluan tangga di lorong-lorong gelap yang bersambung terus ke bahagian belakang bangunan. 

Meskipun keadaannya kelihatan terabai dan usang, bangunan itu dilaporkan masih dihuni malah pelancong itu sempat bertegur sapa dengan salah seorang penduduk ketika meninjau kawasan tingkat atas.

Antara isu paling kritikal yang diketengahkan dalam video berkenaan adalah sikap tidak bertanggungjawab segelintir penghuni yang sewenang-wenangnya membuang sampah terus dari tingkap tingkat atas. 

Tindakan itu menyebabkan kawasan bawah bangunan berkenaan dipenuhi timbunan barangan buruk seperti tilam lama, topi keledar dan serpihan motosikal sehingga bersepah persis sebuah tapak pelupusan sampah haram. 

Pelancong itu turut meluahkan rasa hairan dan mempersoalkan bagaimana sebuah bangunan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur dibiarkan dalam keadaan sedemikian rupa, sedangkan Malaysia secara umumnya terkenal sebagai sebuah negara maju yang memiliki infrastruktur dan kemudahan awam bertaraf dunia.

Marco  juga melahirkan rasa terkejut kerana masih ada individu yang sanggup menyewa dan mendiami premis yang dianggapnya tidak selamat serta tidak bersih.

Susulan keadaan yang mencemarkan imej ibu negara, pelancong asing itu menggesa agar pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan tegas dengan merobohkan terus bangunan berkenaan demi menjaga nama baik negara.

+ - reset