TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tak puas hati rebut lorong, 2 pemandu 'gusti' atas jalan di Petaling Jaya

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 2 JULAI - Tindakan mementingkan sekumpulan pemandu yang cuba memotong barisan bertukar kecoh apabila dua lelaki terlibat dalam pergaduhan fizikal di tengah-tengah jalan raya dalam satu kejadian di Taman Medan, di sini.

Insiden berkenaan mula mendapat perhatian ramai selepas rakaman video yang memaparkan pertelingkahan tersebut tular di media sosial pada 30 Jun lalu.

Kejadian dipercayai bermula apabila sebuah kenderaan cuba menyelit dan memotong barisan secara meluru untuk memasuki lorong keluar. 

Bagaimanapun, tindakan tersebut dihalang oleh sebuah kenderaan lain di laluan berkenaan yang enggan memberikan jalan kepada pemandu terbabit.

Enggan beralah, perselisihan faham itu mencetuskan pertengkaran mulut yang tegang sehingga menyebabkan kedua-dua pemandu bertindak berani keluar daripada kenderaan masing-masing sebelum situasi melarat menjadi pergaduhan fizikal di tengah jalan.

Rakaman berdurasi beberapa saat itu turut memperlihatkan pengguna jalan raya yang lain terpaksa memperlahankan kenderaan mereka sama ada untuk mengelak pergaduhan tersebut atau menyedari situasi yang sedang berlaku. 

Akibatnya, aliran trafik di lokasi berkenaan mengalami gangguan dan terjejas seketika.

Sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

+ - reset