Berita Berita
PRN Johor: Jangan terpedaya taktik raih undi, Onn Hafiz bidas dakwaan calon PH Bukit Batu
KULAI 2 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengingatkan para pengundi, terutamanya golongan muda, supaya tidak sekali lagi terperangkap dengan janji-janji politik manis serta dakwaan mengelirukan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga calon penyandang bagi kerusi DUN Machap menegaskan, lembaran sejarah pilihan raya lalu sepatutnya dijadikan iktibar terbaik oleh rakyat selepas pelbagai manifesto yang ditawarkan pihak lawan didakwa gagal diterjemahkan kepada realiti.
Menjadikan kawasan Parlimen Simpang Renggam sebagai contoh, Onn Hafiz membidas kegagalan bekas wakil rakyat kawasan itu daripada Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik, yang pernah berjanji untuk menghapuskan Tol Simpang Renggam serta menurunkan harga minyak pasaran.
“Dulu pelbagai janji manis dibuat pihak sana untuk mendapatkan undi rakyat. Mereka janji nak hapuskan Tol Simpang Renggam, dah hapus ke belum? Mereka janji nak turunkan minyak, dah turun ke belum?
"Sekarang dia lari ke Puteri Wangsa, cari isu lain pula. Dia main isu jalan berlubang, jalan melambung. Dia tak tahu ke jalan yang dijadikan bahan kempen itu sebenarnya jalan persekutuan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan? Mereka ini sudah ketandusan modal, jadi saya ingatkan pengundi, jangan kena kencing lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong dalam Program Perjumpaan Bersama Masyarakat dan Jentera BN di Dataran Flat Cengal, Taman Putri di sini, hari ini.
Dalam majlis sama, Onn Hafiz turut menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh calon PH bagi DUN Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern. Beliau menyifatkan dakwaan Arthur kononnya kerajaan negeri menyekat atau tidak menyalurkan peruntukan kewangan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang sebagai satu pembohongan dan tidak berasas.
Tegas beliau, serangan politik sebegitu sengaja direka demi menutup kelemahan dan meraih simpati undi secara murah, selain jelas bertentangan dengan data serta fakta rasmi agihan peruntukan negeri.
Sehubungan itu, beliau menyeru pengundi di parlimen berkenaan memberikan mandat padu kepada barisan calon komponen BN bagi memastikan agenda pembangunan sosioekonomi koridor selatan dapat digerakkan secara lurus.
Kempen tersebut turut dihadiri jentera bagi menyokong gandingan calon BN di daerah Kulai iaitu Datuk Mohd Jafni Md Shukor (DUN Bukit Permai), R. Kumaran (DUN Bukit Batu), dan Kiki Tai (DUN Senai) menjelang hari membuang undi pada 11 Julai ini.
Berita berkaitan
July 2, 2026, 8:16 pm
Motosikal rempuh van sekolah bawa 10 pelajar, penunggang maut di hospital
July 2, 2026, 7:53 pm
13 anak naungan YKM terima Bantuan Menara Gading mulai esok
July 2, 2026, 7:41 pm
Isu LRT3: "Kami selamatkan RM15.02 bilion wang rakyat" – Guan Eng, Tony Pua
July 2, 2026, 7:30 pm
PRN Johor: Khairy pelawa pengundi BERSATU sokong calon BN di kerusi tidak ditandingi PN
July 2, 2026, 4:52 pm
Penganggur dipenjara 10 tahun, rogol murid darjah 2, beri RM3 supaya 'tutup mulut'
July 2, 2026, 4:31 pm
MEF sedia ambil pelarian Rohingya isi kekosongan sektor 3D
July 2, 2026, 2:52 pm
