TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tayang pasport Singapura isi RON95, lelaki dakwa sengaja sakitkan hati rakyat Malaysia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 JULAI — Tindakan seorang lelaki yang mendakwa dirinya warga Singapura mengundang kecaman hebat orang ramai selepas memuat naik video mengisi minyak subsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Malaysia sambil menayang pasport merahnya.

Video yang tular di media sosial menerusi akaun @theblackspice itu dikongsi dengan kapsyen "Cara nak buat rakyat Malaysia marah sebagai orang Singapura. Langkah pertama: Curi petrol mereka." 

Menerusi video pendek itu, individu berkenaan dilihat memegang pasport yang dipercayai pasport Singapura ke arah kamera, sebelum lensa beralih menunjukkan muncung pam minyak sedang mengisi tangki kenderaan dengan paparan skrin jelas menunjukkan label "Premium 95".

Bukannya mendapat sokongan, perkongsian itu sebaliknya memakan diri apabila dihujani kritikan bukan sahaja daripada rakyat Malaysia malah warga Singapura sendiri menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan. 

Rata-rata orang ramai tidak melatah, sebaliknya membalas video tersebut dengan nada sinis dan memerli semula status kewangan lelaki berkenaan.

Antara komen yang mendapat perhatian termasuklah sindiran pengguna media sosial yang menyifatkan tindakan itu sebagai cara mudah untuk mengenali warga Singapura yang miskin kerana tidak mampu membeli minyak di negara sendiri. 

Dalam pada itu, ada juga yang skeptikal dan mendakwa video itu mungkin sekadar rekaan demi meraih tontonan semata-mata. 

Mereka mengesyaki lelaki tersebut sebenarnya menyewa kereta tempatan di Johor Bahru yang sememangnya dibenarkan mengisi RON95 dan hanya menggunakan pasport Singapura sebagai prop untuk mencetuskan provokasi.

 

+ - reset