Berita Berita
Lelaki maut lepas kenderaan bertembung di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU 4 JULAI - Seorang lelaki berusia 21 tahun maut selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhampiran Alamesra, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa yang memandu Perodua Viva disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pemandu sebuah lagi kenderaan, iaitu Perodua Alza yang dipandu lelaki berusia 57 tahun, bagaimanapun terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Noor Sherriyana Bohari, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan 10 anggota bersama sebuah Jentera Bomba Ringan (LFRT) dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kedua-dua kenderaan terbabit bertembung sebelum terbabas ke bahu jalan.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan pemandu Perodua Viva yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat khas.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Operasi ditamatkan selepas pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir dan memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat.
Berita berkaitan
July 4, 2026, 6:40 pm
Hubungan BN-PH kekal profesional walau bertembung di Johor – Ahmad Zahid
July 4, 2026, 6:33 pm
PRN Johor lebih awal bukan jaminan menang besar – Anwar
July 4, 2026, 6:25 pm
Positif dadah 2 pemandu ditahan di Plaza Tol Gombak
July 4, 2026, 6:18 pm
PETRA peruntuk RM9.46 juta projek cakna MADANI atasi banjir di Sarawak
July 4, 2026, 2:48 pm
Johor perlukan pemimpin fahami keutamaan rakyat – Anwar
July 4, 2026, 2:44 pm
Empat warga asing dalang sindiket curi elektrik ditahan di Sandakan
July 4, 2026, 11:51 am
Mohamad Sabu ketuai delegasi Malaysia, hadir beri penghormatan terakhir pada Khamenei
July 4, 2026, 11:40 am
Onn Hafiz balas kenyataan PM mengenai JS-SEZ
July 4, 2026, 11:25 am
