TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mohamad Sabu ketuai delegasi Malaysia, hadir beri penghormatan terakhir pada Khamenei

By
|
Kongsi
image

TEHRAN 4 JULAI – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam mengetuai delegasi rasmi Kerajaan Malaysia bagi memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Allahyarham Ayatollah Seyyed Ali Khamenei, di Grand Mosalla, di sini.

Menurut Mohamad, kehadiran delegasi berkenaan merupakan manifestasi rasa hormat dan solidariti daripada pihak kerajaan serta rakyat Malaysia atas pemergian tokoh besar republik Islam tersebut.

"Saya hadir mengetuai delegasi Kerajaan Malaysia bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei di Grand Mosalla.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," katanya menerusi satu hantaran di laman media sosialnya hari ini.

Kehadiran rombongan rasmi Malaysia itu adalah sebahagian daripada siri istiadat penghormatan peringkat antarabangsa sebelum jenazah Allahyarham dibawa ke fasa pengebumian seterusnya.

Laporan media antarabangsa sebelum ini menyatakan bahawa prosesi penghormatan terakhir buat Ali Khamenei diatur secara berperingkat, bermula di ibu kota Tehran sebelum diteruskan ke beberapa kota suci lain termasuk Qom, serta Najaf dan Karbala di Iraq.

Mengikut jadual, jenazah pemimpin tertinggi itu akan dibawa ke destinasi terakhir untuk dikebumikan di Imam Reza Shrine, Mashhad pada 9 Julai ini.

+ - reset