Berita Berita
Empat warga asing dalang sindiket curi elektrik ditahan di Sandakan
SANDAKAN 4 JULAI – Empat warga asing yang dipercayai menjadi dalang sindiket mencuri dan mengagihkan bekalan elektrik secara haram ditahan dalam satu operasi bersepadu selama tiga hari yang bermula Rabu lalu.
Sindiket berkenaan dikesan menyasarkan beberapa kawasan penempatan setinggan di daerah ini dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM100 bagi setiap rumah untuk sambungan haram tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Energy Commission of Sabah (ECoS), Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid memaklumkan bahawa kesemua suspek kini disiasat di bawah beberapa seksyen dalam Enakmen Bekalan Elektrik 2024.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh berdepan hukuman denda sehingga RM1 juta, penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut menegaskan bahawa operasi seumpama itu akan terus dipergiat bagi mengelakkan risiko keselamatan seperti kebakaran dan renjatan elektrik.
“Operasi bersepadu seperti ini akan terus dipergiat bagi membanteras kegiatan mencuri elektrik yang bukan saja menyalahi undang-undang, malah mengundang risiko keselamatan seperti renjatan elektrik dan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Operasi besar-besaran yang disertai 80 pegawai daripada pelbagai agensi termasuk PDRM, Sabah Electricity (SE), Jabatan Imigresen dan Jabatan Air Negeri Sabah itu turut merekodkan 35 kes lain membabitkan kecurian elektrik oleh 26 bukan warganegara dan sembilan warga tempatan.
Sebagai langkah pencegahan jangka panjang, SE kini melaksanakan pendekatan 'meter house' bagi memastikan pembekalan elektrik yang lebih teratur dan selamat, manakala ECoS akan terus memperkukuh kerjasama strategik demi membanteras kegiatan ini sepenuhnya.
Berita berkaitan
July 4, 2026, 6:40 pm
Hubungan BN-PH kekal profesional walau bertembung di Johor – Ahmad Zahid
July 4, 2026, 6:33 pm
PRN Johor lebih awal bukan jaminan menang besar – Anwar
July 4, 2026, 6:25 pm
Positif dadah 2 pemandu ditahan di Plaza Tol Gombak
July 4, 2026, 6:18 pm
PETRA peruntuk RM9.46 juta projek cakna MADANI atasi banjir di Sarawak
July 4, 2026, 2:48 pm
Johor perlukan pemimpin fahami keutamaan rakyat – Anwar
July 4, 2026, 11:51 am
Mohamad Sabu ketuai delegasi Malaysia, hadir beri penghormatan terakhir pada Khamenei
July 4, 2026, 11:40 am
Onn Hafiz balas kenyataan PM mengenai JS-SEZ
July 4, 2026, 11:25 am
Isi petrol RON95, pemandu Singapura didenda RM20,000
July 4, 2026, 10:45 am
