TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Johor perlukan pemimpin fahami keutamaan rakyat – Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 JULAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Johor memerlukan barisan kepimpinan dan wakil rakyat yang bijak menilai keutamaan, berani membuat keputusan serta memahami denyut nadi masyarakat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, gabungan itu akan terus membawa suara rakyat dan mempertahankan kepentingan Johor.

“Insya-Allah, HARAPAN akan terus membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan Johor dan mengangkat Johor menjadi sebuah negeri yang lebih maju dan hebat untuk semua,” katanya di laman sosial Facebook.

Beliau turut mengulangi aspirasi ‘Johor Ke Depan’ sebagai komitmen untuk memastikan negeri itu terus mencatat kemajuan dan pembangunan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat.

+ - reset