Berita Jenayah
Polis tahan 10 remaja disyaki belasah pelajar di Merotai Besar
TAWAU 5 JULAI - Polis menahan 10 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pelajar dipukul beramai-ramai ketika dalam perjalanan ke Masjid Merotai Besar, di sini, untuk menunaikan solat Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, kesemua suspek berusia 14 hingga 17 tahun itu ditahan pada 2 petang semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama anggota Balai Polis Bombalai.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yanng berusia 14 tahun bersama tiga rakannya sedang berjalan melalui jalan pintas menuju ke Masjid Merotai Besar bagi menunaikan solat Jumaat sebelum didatangi sekumpulan remaja yang bertanyakan mengenai keberadaan dua individu.
“Selepas mangsa memaklumkan tidak mengetahui lokasi individu yang dicari, kumpulan terbabit bertindak menyerang dan memukul mangsa secara beramai-ramai.
“Sementara itu, tiga lagi rakan mangsa yang berada di lokasi turut dipercayai menjadi mangsa serangan kumpulan remaja berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan dan kesakitan pada bahagian muka, kepala, dada serta rusuk, manakala tiga lagi mangsa turut mengalami kecederaan sebelum tampil membuat laporan polis.
“Bertindak atas maklumat dan hasil siasatan yang dijalankan, polis menahan 10 remaja tempatan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Beliau berkata, polis memandang serius sebarang bentuk keganasan atau salah laku membabitkan pelajar dan remaja dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.
Katanya, ibu bapa dan penjaga disaran sentiasa memantau pergaulan serta tingkah laku anak-anak, manakala pihak sekolah dan masyarakat diharap terus bekerjasama dengan polis dalam usaha membendung gejala keganasan dalam kalangan pelajar.
Kes berkenaan mendapat perhatian ramai selepas rakaman video berdurasi hampir dua minit memaparkan kejadian itu tular di media sosial, sebelum mangsa tampil membuat laporan polis dan siasatan segera dijalankan.
Berita berkaitan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
