Berita Viral
'Nak tunggu semak tinggi Burj Khalifa ke?' – Netizen ‘naik angin’, luah rasa kecewa penyelenggaraan PBT di Kajang
Oleh AZIM SAID
KAJANG 6 Julai – Satu perkongsian di media sosial mencuri perhatian apabila seorang pengguna mempersoalkan keadaan kawasan sekitar pejalan kaki yang dilihat semakin tidak terurus dengan tumbuhan liar yang semakin membiak.
Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan turut menandakan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan sindiran.
"Nak tunggu semak tu setinggi Burj Khalifa ke?” yang jelas menggambarkan kekecewaan terhadap tahap penyelenggaraan kawasan berkenaan.
Dalam video yang dikongsi, kelihatan kawasan tepi jalan dipenuhi semak-samun tebal, manakala laluan pejalan kaki turut hampir ditenggelami tumbuhan liar, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang awam terhadap aspek keselamatan dan kebersihan.
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian itu turut meluahkan rasa tidak puas hati, dengan ada yang menyifatkan keadaan tersebut sebagai 'tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang sudah membangun'.
Terdapat juga netizen meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan tersebut, dengan ada yang menyifatkan tindakan penyelenggaraan hanya diambil selepas isu menjadi tular.
Seorang pengguna, kamiliaz, menegaskan keadaan itu sudah lama berlarutan
“Hentian Kajang yang ada macam-macam agensi kerajaan dalam tu pun diorang biar je nampak mereput, buruk, kusam.
"Tak faham dengan perangai PBT ni. Bila orang bising satu kali, baru dia orang buat kerja satu kali. Bila orang diam, dia pun ikut sekali diam.”
Sementara itu, pengguna lain, azianahssn, turut menyindir tindakan pihak berkuasa yang didakwa lebih cepat bertindak dalam hal saman berbanding isu penyelenggaraan.
“Mpkj ni laju bab saman parking dengan papan tanda tak berlesen je," tulisnya.
Dalam pada itu, seorang lagi netizen, zahynwa.az_, memberi pandangan bahawa status kawasan tersebut mungkin masih di bawah tanggungjawab pemaju kerana pembangunan masih berjalan.
“Setahu saya tu bawah pemaju MKH. Selagi ada pembangunan dekat situ, jalan tak akan diserahkan kepada PBT sebab masih bawah penyelenggaraan pemaju.
"Bila ada pembangunan perumahan macam dekat situ, lori mesti akan lalu dan mpkj tak akan baiki jalan banyak kali, sedangkan hasil untung pemaju," jelasnya.
Setakat ini, isu berkenaan terus mendapat perhatian orang ramai yang berharap agar tindakan susulan dapat diambil segera bagi memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya dan kawasan sekitar.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung isu yang dibangkitkan tersebut.
Berita berkaitan
July 6, 2026, 10:55 am
Leka bersembang di kedai mamak, peragut selamba rembat beg tangan wanita
July 3, 2026, 10:24 am
Tayang pasport Singapura isi RON95, lelaki dakwa sengaja sakitkan hati rakyat Malaysia
July 2, 2026, 2:18 pm
Tak puas hati rebut lorong, 2 pemandu 'gusti' atas jalan di Petaling Jaya
July 1, 2026, 6:06 pm
Pelancong akui pertama kali tengok benda paling jijik dalam hidup di KL
July 1, 2026, 5:21 pm
Rapid KL mohon orang awam lapor lelaki warga asing kencing di eskalator MRT Titiwangsa
July 1, 2026, 1:10 pm
'Dah banyak kali jadi' tular rakaman CCTV kanak-kanak nyaris dibaham anjing perliharaan
June 30, 2026, 5:18 pm
Cubaan 2 lelaki curi kabel gagal lepas jatuh dikejar polis
June 29, 2026, 4:30 pm
Padah isu viral 'busuk', rakyat Malaysia dakwa mula dilayan teruk di China
June 29, 2026, 12:49 pm
