Berita Jenayah
Bawa lima warga Myanmar, pemandu BMW rempuh tangki air lepas lari sekatan jalan raya
LIPIS 7 Julai – Cubaan seorang lelaki tempatan untuk meloloskan diri daripada pemeriksaan polis di sekatan jalan raya (SJR) berakhir dengan padah apabila kereta jenis BMW yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah tangki air berhampiran sebuah kedai makan di Kilometer 23, Jalan Lipis-Merapoh dekat Padang Tengku, petang semalam.
Dalam insiden yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang itu, pemandu berusia 45 tahun tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan membawa lima warga asing dari Kelantan menuju ke ibu negara.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak memecut laju kenderaannya selepas enggan mematuhi arahan anggota bertugas untuk berhenti di SJR Kilometer 28, Jalan Lipis-Merapoh.
“Apabila sampai di sekatan jalan raya tersebut, pemandu kereta telah melarikan diri daripada pemeriksaan dan terus memecut laju menuju ke arah Lipis.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di Kilometer 23, kereta yang dipandu lelaki itu telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tangki air di hadapan sebuah kedai makan di bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ismail, impak rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu serta dua penumpang wanita warga Myanmar mengalami kecederaan, dan ketiga-tiga mereka terus ditahan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, tiga lagi penumpang warga Myanmar—melibatkan dua lelaki dan seorang wanita—yang sempat melarikan diri sejurus selepas kemalangan berjaya dikesan dan ditahan pihak polis pada pukul 8.45 pagi hari ini.
Berita berkaitan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
