Berita Jenayah
Pengkritik bola sepak patah tulang mata lepas dipukul 2 suspek tak dikenali
KUALA LUMPUR 13 JULAI - Seorang YouTuber dan pengkritik sukan bola sepak berusia lingkungan 40-an parah termasuk patah tulang mata selepas dipukul dua individu tidak dikenali di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara, di sini, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.56 malam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang ingin mengisi angin tayar kenderaannya didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal Yamaha LC dengan nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan.
"Suspek memukul mangsa berkali-kali sebelum merakam video kejadian dan melarikan diri dari lokasi.
"Akibat kejadian itu, mangsa patah tulang mata dan beberapa kecederaan lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shamsudin berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Danish Noor Azri di talian 013-6201412 bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebarkan bahan berkaitan kejadian di mana-mana platform sehingga boleh menjejaskan siasatan polis.
Berita berkaitan
September 17, 2026, 1:44 pm
Polis tahan wanita serang anggota guna pisau sewaktu tangkapan di Chan Sow Lin
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
